Menteri: Sistem tol tanpa palang bakal laksana tiga tahun lagi

706
Sistem kutipan tol tanpa henti atau lebih dikenali sebagai sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) bakal dilaksanakan menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan di plaza tol.
 

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata cadangan itu sudah mendapat persetujuan jemaah Menteri. Kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol apabila MLFF dilaksanakan.

“Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

“Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF, kita akan mewujudkan ‘command centre’ (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” katanya. 



Menurut Fadillah, MLFF antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 kementeriannya yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.

Beliau memaklumkan kementeriannya turut memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.

Katanya, ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here