Yamaha RX-Z Catalyzer (2006) terjual pada harga RM63k

5082

Trend mencari motosikal Yamaha RX-Z masih lagi hangat dalam kalangan kaki motor di Malaysia.

Selepas tular dengan tagline ‘demo dok kenal bare’ dan jualan RX-Z pada harga kayangan, terkini sebuah lagi jentera legenda berkenaan terjual pada harga RM63,000.



Kisah jualan Yamaha RXZ Catalyzer (2006) berkenaan dikongsi oleh akaun Facebook Are’ress Tricolore Sparepart.

Jelasnya, pembeli membayar secara tunai motor berkenaan yang didatangkan dengan pakej GTO Orimoto.

“RXZ is real sobat, buyer kenal bare, mari tilik muto terus bayar,” tulisnya.

Sebelum ini, tular di media sosial pemilik RX-Z yang menukar motornya dengan sebidang tanah selain sebuah lagi RX-Z Energy biru bohjan yang terjual dalam tempoh kurang daripada 24 jam pada harga RM 60,000.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here