Belum lancar, dah ada pusat jualan buka tempahan Kawasaki ZX-25R

1540

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi jenama Kawasaki mengesahkan bakal membawa masuk Kawasaki ZX-25R pertengahan tahun depan.

Pada acara previu sportbike berkenaan yang diadakan sempena GP Malaysia baru-baru ini, pihak EMOS memberitahu akan memperkenalkan beberapa varian yang mana salah satunya adalah ZX-25R ABS SE. 



Namun, belum lagi rasmi dilancarkan sudah ada wakil jualan menerima tempahan sportbike tersebut yang dikongsi menerusi grup Facebook Kawasaki Ninja ZX-25R Malaysia Official Club.

Wakil jualan berkenaan menyatakan anggaran harga jualan adalah di bawah RM33,000. Menurut kami pastikan wakil jualan berkenaan dilantik oleh EMOS dan bimbang anda ditipu scammer.

Selain itu, lebih baik sekiranya anda menunggu dahulu majlis pelancaran dan tempahan sportbike berkenaan dibuka secara rasmi. 

Berdasarkan di ruangan komen Kawasaki Johor menjelaskan pra tempahan Kawasaki ZX-25R dibuka pada bulan Mac tahun depan dan motosikal akan tersedia di pasaran bermula Jun.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here