3 jam ‘test ride’ motor tak pulang-pulang, pemilik kedai ‘up status FB’ cari penunggang

1520

Kedai motor Oe Motor Sdn Bhd (Sekinchan) berkongsi di Facebook mencari pelanggan yang menunggang uji Yamaha Y15ZR selepas gagal memulangkan motosikal seperti yang dijanjikan.

Perkongsian di grup Facebook I Love Sungai Besar berkenaan menunjukkan pemilik kedai bimbang perkara buruk berlaku kepada pemuda tersebut.



“Hi selamat pagi kawan Tanjong Karang, ada tak kawan kenal adik ini, pagi tadi adik datang kedai saya untuk test drive sebuah motosikal yamaha Y15 WC 8501 H pada masa 9.30 am.

“Tetapi sampai skr,dia masih belum pulang, dan pulangkan motorsikal tersebut, kita bimbang ada apa kemalangan,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuatnaik pada jam 12.12 tengah hari.

Bagaimanapun, kedai motor berkongsi isu tersebut telah selesai selepas pelanggan memulangkan motosikal berkenaan.

“Terima kasih semua rakan-rakan dan kawan-kawan, adik telah hantar balik motosikal, ribuan terima kasih kepada semua, dan ingin mengucap terima kasih Kpd Tuan Sjn Rashid dari Ipd Sg Besar membuat penyelarasan dan bantuan kami telah menyelesaikan secara aman,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuatnaik pada jam 8 malam.

Kebanyakan netizen memuji sikap kedai motor berkenaan yang bersangka baik dan memuatnaik status yang berhemah dan menjaga tutur kata. 

Tahap bersangka baik owner kedai ni patut diberikan pujian. tahniah.”

“Owner kedaipun dah bersangka baik.. netizen pulak yang lebih-lebih.. doa yang baik-baik udah la.. kalau betul dia bawak lari.. serah kt polis jela.. kalau dia betul-betul accident atau apa, kan dah jadi fitnah.”

“This is sg besar macam-macam boleh jadi….bukan salah budak ni..lain kali bagi tempoh masa utk test moto..”

“Terima kasih kat owner kedai yang tak ambik keputusan yang terburu-buru dan masih bersangka baik…moga perniagaan anda makin maju.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here