Tiga beranak maut kemalangan

3230

Suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di KM216 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Alor Gajah, hari ini. 

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima penggilan berhubung kemalangan itu pada 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.



Menurutnya, sejurus tiba didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan lori dipandu seorang lelaki.

“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera.

“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh 5km. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendent Arshad Abu ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here