Penumpang pesawat Yeti Airlaines sempat buat ‘FB Live’ sebelum terhempas

237

Seorang penumpang dari India sempat membuat siaran langsung detik-detik terakhir  pesawat yang dinaiki terhempas di bandar Pokhara, Nepal. 

Video yang tular di India itu menunjukkan Sonu Jaiswal membuat Facebook Live ketika pesawat yang dikendalikan oleh Yeti Airlines ketika cuba mendarat di lapangan terbang Pokhara Ahad, lalu.

Klip video itu menunjukkan pesawat itu terbang perlahan di atas bangunan perumahan sekeliling lapangan terbang sebelum terhempas. Jaiswal mengarahkan rakaman pada dirinya dan tersenyum kemudian menunjukkan penumpang lain yang berbual dan ketawa. 

Beberapa saat kemudian, telefon berkenaan hilang fokus dan boleh dengar dengan jelas bunyi dentuman dan jeritan.

Jom Baca:   Pelanggan kecewa AirAsia tukar masa tiket pesawat, bila check online ada penerbangan waktu asal!

Terdapat api dan bunyi enjin yang kasar dan setelah video mula jelas posisi pesawat sudah berada atas tanah mengarah ke sebatang pokok sebelum hilang fokus semula.

Jaiswal adalah sebahagian daripada sekumpulan empat rakan dari Ghazipur di India yang melancong ke Nepal dan dalam penerbangan dari Kathmandu ke Pokhara.

Dalam rakaman itu, boleh dilihat dengan jelas persekitaran lapangan terbang Pokhara sebelum mereka beberapa saat menemui ajal. Tidak diketahui bagaimana Jaiswal mendapat capaian internet ketika itu. 

Abhishek Pratap Shah, bekas ahli parlimen di Nepal, memberitahu saluran berita India NDTV bahawa penyelamat menemui telefon yang merakamkan video itu dalam serpihan pesawat.

Jom Baca:   Sebelum jadi bilionair, ini pesawat yang dibeli Elon Musk pada 2012

“Ia [klip video] dihantar oleh salah seorang rakan saya, yang menerimanya daripada pegawai polis. Ia adalah rekod sebenar,” katanya.

Seramai 69 mangsa terkorban apabila pesawat membawa seramai 72 orang terdiri 15 warga asing terhempas di Pokhara pada Ahad lalu dalam nahas udara disifatkan terburuk sejak tiga dekad lalu di Nepal.

Pesawat jenis ATR 72 yang berlepas ke Kathmandu dari Pokhara itu membawa 57 warga Nepal, lima rakyat India, Russia (lima), Korea Selatan (dua) serta masing-masing seorang warga Argentina, Ireland, Australia dan Perancis.

Jom Baca:   5 juta jejak pesawat bawa mendiang Ratu Elizabeth II, paling tinggi dalam sejarah

 

 
 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here