Bengkel terbakar, pekerja warga Pakistan maut

448

Seorang pekerja bengkel kereta maut selepas terperangkap di kawasan tangga premis itu dalam kebakaran di Jalan Jemuju 3, Seksyen 16, Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kebakaran bermula kira-kira jam 5.12 pagi itu, mangsa merupakan lelaki warga Pakistan berusia 30an turut melecur pada kedua-dua belah kaki.



Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan tentang kebakaran itu.

Bengkel tersebut adalah bangunan dua tingkat dan terdapat seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut dijumpai di tangga bangunan tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk bedah siasat,” katanya.

Bangunan bengkel itu musnah 100 peratus akibat kebakaran dan punca masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat memaklumkan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi pemadaman itu.

“Api berjaya oleh pihak bomba kira-kira jam 5.42 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya 25 minit kemudian sebelum mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri,” kataya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here