Cuba potong ‘Q’, King sangkut dan bampar tercabut

613

Sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan lebuhraya sesak bahkan keadaan jalan luar bandar juga dipenuhi kenderaan kerana warga kota pulang ke kampung.

Justeru itu, ada pemandu yang akan menggunakan jalan ‘dalam’ mahupun laluan alternatif bagi menghindari trafik sesak di jalan utama.

@m.a7annnn

king problem 🤣 orang lain boleh je ikut que . part 2 menyusul 🤣 #myvi #fyp #setiuterengganu #fypage

♬ Stars – Radio Edit – Ahzee



Apabila ingin keluar ke jalan utama seharusnya sebagai pengguna haruslah berhemah dan mengikut barisan. Jika tidak jadilah seperti pemandu King ini, tindakkannya yang dipercayai cuba memotong ‘Q’ akhirnya memakan diri.

Bahkan, tiada seorangpun pengguna jalan raya yang lain membantu pemandu Perodua Myvi berkenaan. 

@m.a7annnn

Replying to @Jalud_86 @ RHM ok ok bang saya dah post , abg boleh sambung jemur baju panas panas ni 🤣🤣🤣 part 3 menyusul lagi ni haha

♬ Mara Bahaya – Pop Shuvit

Video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @m.a7annnn itu menunjukkan Myvi tersebut tersangkut di tebing sekolah. Pemandu cuba bergerak ke depan dan belakang beberapa kali namun sehingga ke akhir video separuh badan hatchback itu masih tersangkut.

Selain itu, sebuah lagi video menunjukkan bahagian bampar depan tercabut. Rata-rata netizen berharap kejadian itu menjadi pengajaran buat pemandu berkenaan.

Di samping itu ada juga yang bersimpati dengan pemandu tersebut kerana tidak mendapat bantuan daripada pengguna jalan raya lain. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here