23 individu dipanggil beri keterangan, siasatan gaduh rider & sekuriti blazer merah telah lengkap

233
Polis sahkan kertas siasatan kes pergaduhan antara penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak pada 2 November lalu telah lengkap dan diserahkan kepada TPR semalam.
 
 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

“Bagi kes ini, seramai 23 individu dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada 4 November lalu, akhbar tempatan melaporkan rider p-hailing dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan yang tidak mengizinkannya masuk menghantar pesanan pelanggan.



Beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial yang menunjukkan seorang wanita yang merupakan pelanggan meminta lelaki blazer merah itu agar berhenti menyakiti rider berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here