9 pengeluar China diberikan kebenaran uji sistem swapandu Tahap 3 atas jalan awam

169

Kerajaan China menerusi Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) telah memberikan kebenaran kepada sembilan buah pengeluar automotif untuk menguji sistem pemanduan autonomi Tahap 3 (SAE Level 3) di atas jalan awam.

Sembilan syarikat yang dimaksudkan itu termasuklah BAIC BluePark, BYD, Changan Auto, China FAW Group, GAC, Nio, SAIC, SAIC Hongyan dan juga Yutong Bus.

 



Kesemua syarikat ini akan dibenarkan untuk menguji kenderaan swapandu di atas jalan yang telah ditetapkan, di mana pemandu dibenarkan untuk mengalihkan tangan daripada roda stereng.

Buat masa ini, kenderaan swapandu Tahap 3 masih lagi belum tersedia di pasaran China, dan menurut Reuters sekurang-kurangnya 10 buah pengeluar di sana sudah pun menjual kenderaan dengan sistem swapandu Tahap 2.

Pelaksanaan undang-undang baharu ini dilihat dapat membuka pintu peluang kepada Tesla untuk mula menawarkan sistem pemanduan semi-autonomi mereka di negara tersebut.

 

Kira-kira tiga tahun lepas, Mercedes-Benz merupakan pengeluar automotif pertama di dunia yang mendapat kelulusan untuk menggunakan sistem swapandu Tahap 3 di bawah undang-undang UN-R157.

Syarikat tersebut menggunakan sistem lampu membelok berwarna biru khas  sebagai satu cara untuk memberitahu kepada umum kereta tersebut dilengkapi dengan sistem yang lebih maju.

 

Namun, lama sebelum Mercedes mula memperkenalkan ciri lampu seakan ‘ice blue’ tersebut, Honda sebenarnya telah pun mula menjual sedan Honda Legend 2021 yang datang dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 3 untuk pasaran Jepun.

Sedan Legend tersebut turut dilengkapi dengan sistem lampu indikasi membelok berwarna biru, dan hanya 100 unit sahaja yang akan diproduksikan dan ditawar menerusi sistem pajakan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here