SMD EDISI KHAS PENUTUP ACARA PERMOTORAN 2023 DI SABAH

666
SABAH MOTO DAY SPECIAL EDITION  (SMD SE) merupakan penutup tirai acara permotoran di Sabah bagi tahun 2023.
 

SABAH MOTO DAY acara permotoran yang tersohor di Negeri Sabah. Ianya juga merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat motosikal khususnya golongan muda.

 
Penganjur SMD SE Rudy Hariyanto
Rudhi Hariyanto Ghazali,35 , pencetus idea dan juga penggerak utama hingga terukirnya SABAH MOTO DAY.Beliau yang memiliki bengkel motosikal juga adalah Penolong Pengarah LKIM,Sabah.
 
Menceritakan detik bermula SMD, Rudy berkata segalanya bermula sewaktu berkonvoi dan mengeteh bersama 40 orang rakan sama minat dihujung minggu .
 
Hasil perbincangan bersama teman-teman, kesepakatan tercapai untuk mengadakan acara berkumpul secara lebih besar dengan menjemput rakan bikers dari seluruh Sabah.
 
 
Impian Rudy menjadi kenyataan,Sejarah terukir dimana ruang parkir Kompleks Sukan Likas menjadi lokasi acara yang dinobatkan sebagai SABAH MOTO DAY 1.0 pada 2016.
 
Agak mengejutkan dimana kehadiran pengunjung bagi acara yang masih muda diwaktu itu mencecah 2,000 orang.
 
Langkah drastik terpaksa diambil oleh penganjur SABAH MOTO DAY (SMD) dalam menangani kehadiran pengunjung yang semakin bertambah.
 
 
SMD 2.0 pada 2017, lokasi acara terpaksa dipindahkan demi menampung kehadiran bakal pengunjung.Padang kawad Universiti Malaysia Sabah(UMS) menjadi pilihan.
 
Langkah bijak penganjur terbukti bejaya dimana kehadiran pengunjung melebihi 7,000 orang.
 
Siapa sangka belum sampai 10 tahun acara SMD telah masuk siri 6.0. 
 
SMD 6.0 telah diadakan pada bulan Julai lalu menyaksikan kehadiran pengunjung diluar jangkaan iaitu 36,000 orang. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh penganjur.
 
 
 
Kini SABAH MOTO DAY SPECIAL EDITION 2023 diadakan dengan kolabarasi BORNEO ROCK FESTIVAL 2023.
 
Acara yang julung kali diadakan di Negeri Sabah bertempat di Stadium Likas dan perkarangan parkir komplek sukan Likas.
 
Kolabarasi yang bertujuan menyatukan peminat motosikal dan peminat muzik rock di Sabah.
 
Motoqar baru pertama kali berpeluang membuat liputan acara permotoran terbesar di Sabah ini. Dapat dilihat pihak penganjur berjaya mendisplinkan pengunjung.
 
Apa rahsia penganjur sehingga berjaya menarik peminat dan pemilik motosikal sebegitu ramai menyertai acara SMD saban tahun?
 
1. Acara Tolak Motosikal
2. Acara Teka Kunci Motosikal.
3. Acara Lumba Lari Berhelmet.
4. Acara Kumpulan Paling Sporting.
5. Acara Kumplan Paling Ramai.
6. Acara Kumpulan Paling Ranggi.
 
Pemerhatian Motoqar, keenam pengisian acara berkenaan merupakan faktor yang berjaya menarik pengunjung ke SABAH MOTO DAY.
 
 
 
Penulis telah membuat liputan acara perkumpulan motosikal diseluruh pelusuk negara,namun ini kali pertama menyaksikan acara-acara sedemikian.
 
Pengunjung majoritinya golongan muda tampak begitu berdisplin.Tiada sebarang unsur-unsur negatif yang mencemarkan berlaku disepanjang penganjuran SMD.
 
SMD Special Edition telah dirasmikan oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy,Pembantu Menteri Pembangunan Peindustrian dan Keusahawanan Sabah.
 
YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy
Di dalam ucapan perasmiannya,beliau telah  menobatkan acara Sabah Moto Daysatu platform permotoran yang terbesar di negeri Sabah.
 
Toleransi,patuh pada arahan semasa serta hormati garis panduan yang telah dikeluarkan oleh merupakan sikap terpuji yang telah ditunjukkan oleh pengunjung yang hadir.
 
Antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan SABAH MOTO DAY SPECIAL EDITION ialah PDRM,JPJ,AADK dan Pengurusan Kompleks Sukan Likas.
 
Wakil TOBAKI ,Wan Azli menyampaikan hadiah kepada pemenang
 
Terdapat penaja-penaja yang turut memeriahkan acara penutup tirai program permotoran dua roda SABAH MOTO DAY SPECIAL EDITION  bagi tahun 2023.
 
Antaranya ialah IMIKA,EKO Ken Motor Sdn Bhd.IPONE,Tobaki dan Rock Oil.
 
 
 
Besar harapan PENGANJUR jika acara SABAH MOTO DAY diterapkan ke Kalendar Pelancongan Negeri Sabah demi mertabatkan lagi promosi Sabah ke persada dunia.
 
Ini kerana setiap acara permotoran walau sekecil mana pun, impaknya cukup besar dan berkesan serta membuka pintu bagi kemasukan pelancong luar. 
 
Galeri;SMD SE 2023
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here