Proton Wira terbabas tak sempat larikan lembu

307

Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu milik penternak di Ladang Krau 4, Raub, Sabtu lalu.

Suspek berusia 23 hingga 31 tahun itu berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tapak pasar malam Mempaga.



Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata pada pagi kejadian pengadu mendapati sebuah Proton Wira terbabas di tepi jalan.

“Pengadu memeriksa kereta tersebut dan mendapati dua ekor lembu dalam kereta adalah miliknya yang dicuri dari ladang berkenaan menerusi tanda pada telinga haiwan itu.

“Hasil siasatan mendapati beberapa individu penternak membuat rondaan di ladang sawit Krau dan terlihat Proton Wira Aeroback di tepi jalan.

“Ketika mereka cuba menghampiri motokar tersebut tiba-tiba memecut laju menghala jalan utama Mempaga-Lebu dan penternak mengejar Wira tersebut sebelum terbabas,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihak polis bekerjasama dengan penternak lembu lalu menahan empat suspek untuk siasatan lanjut.

“Manakala seorang lagi suspek dihantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut dan hasil ujian air kencing didapati positif methamphetamine dan satu daripadanya positif Amfetamin,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here