VIDEO: Wanita hamil mengidam naik trak bomba

74

Seorang suami di Kota Bogor, wilayah Jawa Barat menunaikan permintaan isterinya yang hamil untuk menaiki jentera bomba dengan meminta bantuan pasukan kecemasan tersebut, lapor laman berita Radar Bogor seperti yang dipetik Kosmo!.

Pasangan muda itu pergi ke balai bomba daerah Bogor Timur semalam bagi menyatakan hasrat mereka.

Mereka bernasib baik kerana hasrat tersebut dipenuhi oleh pasukan bomba yang membenarkan wanita berkenaan memanjat ke atas trak.

“Pasangan muda datang ke balai bomba Kota Bogor bukan untuk meminta bantuan, sebaliknya bagi memenuhi permintaan si isteri yang mengidam menaiki jentera bomba,” kata keterangan video yang dimuat naik di Instagram rasmi bomba cawangan itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Damkar Kota Bogor (@damkarkotabogor_official)

Video itu memaparkan wanita berkenaan tersenyum girang ketika merakam gambar dia berdiri di atas jentera bomba.

Ia kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Bahagianya ibu hamil,” kata seorang pengguna media sosial.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here