CFMoto kongsi video teaser 800MT-X, bakal guna enjin KTM LC8c

35

November tahun lalu, CFMoto menjadi tumpuan di EICMA menerusi pendedahan motosikal konsep berasaskan off road yang dinamakan sebagai 800MT-X.

Sejak itu, syarikat China tersebut merahsiakan sebarang rancangan pembangunan model konsep 800MT-X sehinggalah baru-baru ini ia berkongsi video teaser jentera berkenaan.



Walaupun video itu hanya memaparkan sekali imbas jentera off road berkenaan, boleh dikatakan rekaan model itu sangat mirip dengan versi konsep.

Menerusi dokumen jenis kelulusan sebelum ini, 800MT-X bakal dikuasakan enjin KTM LC8c 799cc berkembar sebaris penyejukkan cecair, yang mana jenama itu sudah lama bekerjasama dengan pengeluar Austria itu. 

Dokumen itu turut menyatakan enjin tersebut menghasilkan kuasa 94hp dan menggunakan reka bentuk seperti KTM yang mana rekaan tangki minyak lebih rendah bagi pusat graviti lebih rendah.

Tidak seperti model 790 Adventure, CFMoto 800MT-X dilaporkan memiliki jarak roda lebih panjang iaitu 60.2 inci yang dijangka dapat menampung suspensi yang lebih tinggi daripada 6.3 inci (depan) dan 5.9 inci travel yang digunakan oleh Ibex 800S sedia ada.

Model baharu itu juga kemungkinan bakal menggunakan suspensi KYB berbanding jenis WP daripada KTM. 

Pada video itu juga menunjukkan MT-X bakal ditawarkan dalam bentuk touring dan menggunakan brek jenis Brembo seperti mana yang didatangkan pada model konsep. 

CFMoto masih belum mengesahkan tarikh pelancaran, kebarangkalian ia akan diperkenalkan pada EICMA November depan. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here