Aerotrain KLIA kembali beroperasi hari ini selepas dua tahun

20

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi akaun Facebooknya mengesahkan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan beroperasi hari ini (1 Julai) bermula jam 10 pagi.

Anthony Loke turut menandatangani dokumen pengoperasian semula perkhidmatan berkenaan semalam. 

“Tadi saya baru tandatangan dokumen sah Aerotrain KLIA boleh mula perkhidmatannya semula esok (1 Julai) jam 10 pagi!.
 
“Aerotrain yang bawa penumpang ulang-alik antara Main Terminal dan Satellite Building, supaya perjalanan lebih cepat dan selesa di KLIA Terminal 1.
 
“Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus siang malam pastikan Aerotrain kembali beroperasi. Jumpa anda di Aerotrain!,” tulisnya.
 

Operasi aerotrain digantung operasinya sejak Mac 2023, kemudian pada Ogos 2023, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menamatkan kontrak projek tersebut dengan Pestech International Bhd susulan prestasi tidak memuaskan dan berisiko menyebabkan kelewatan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.

Pada Januari 2024, MAHB mencapai persetujuan dengan konsortium yang melibatkan anak syarikat Alstom, Pestech, dan IJM Corporation Bhd untuk menyambung semula projek tersebut dengan sasaran siap pada 31 Mac 2025.

Anthony Loke melaporkan set pertama aerotrain versi kemas kini itu didatangkan dengan tiga kereta yang mampu memuatkan 270 penumpang pada satu trip.

Manakala dua lagi kereta api akan beroperasi secara bergilir. Untuk mengoptimumkan perkhidmatan dan penyelenggaraan, kereta api akan menggunakan dua landasan semasa waktu puncak dan satu landasan pada waktu luar puncak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here