
Sempena pertengahan tahun, Honda Malaysia menawarkan rebat khas sehingga RM10,000 bagi model 2025.
Promosi ‘Upgrade, Save, Enjoy’ itu ditawarkan kepada pelanggan Honda yang mendaftarkan kenderaan bermula 1 hingga 31 Julai ini.
Selain itu, tawaran berkenaan hanya layak bagi model, varian dan tahun terpilih (sementara stok tersedia).
Honda Malaysia menawarkan ganjaran pertengahan tahun bernilai RM1,000 bagi semua model yang dijual di pasaran melibatkan Honda City, City Hatchback, WR-V, CR-V dan Civic.
Pembeli berpotensi boleh memilih tawaran yang sesuai dengan keperluan, sama ada mencari potongan harga segera melalui rebat tunai atau nilai tambahan untuk pengisian bahan api dengan baucar petrol.
Misalnya untuk SUV segmen-C, CR-V didatangkan dengan ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM10,000*.
Semua varian CR-V (S, E, V, dan 2.0L e:HEV RS) ditawarkan dengan rebat tunai RM9,000 dan ganjaran pertengahan tahun RM1,000.
Tawaran ganjaran bagi model lain adalah :
- Honda Civic : RM4,000-RM5,000
- Honda CR-V : RM10,000
- Honda City : RM2,000-RM8,000
- Honda City Hatchback : RM2,500-RM4,000
- Honda WR-V : RM6,000
Manakala sedan Civic pula didatangkan dengan ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM5,000* dan Honda City sehingga RM8,000*.