Utama Berita Automotif Honda HR-V facelift tempahan dibuka, rebut baucar servis eksklusif RM1,500*!

Honda HR-V facelift tempahan dibuka, rebut baucar servis eksklusif RM1,500*!

29

Honda HR-V terus mengukuhkan posisinya dalam SUV segmen B.

Sejak pelancaran pertamanya, lebih daripada 170,000 unit berjaya dijual yang membuktikan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan inovasi jenama tersebut.

Seiring dengan kitaran produk, tiba masanya HR-V generasi kedua menerima naiktaraf signifikan selepas tiga tahun di pasaran.

Menjelang pelancaran, Honda Malaysia kini membuka tempahan HR-V facelift dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan terawal, SUV itu didatangkan dengan ganjaran eksklusif berupa baucar servis bernilai RM1,500*, *tertakluk terma dan syarat.

Ia adalah komitmen syarikat untuk memulakan perjalanan pemilikan dengan nilai tambah dan ketenangan fikiran.

Honda HR-V facelift tampil dengan reka bentuk luaran yang lebih menarik. Sentuhan moden dapat dilihat pada gril hadapan baharu, reka bentuk rim aloi 18-inci baharu yang dinamik, serta lampu belakang LED penuh yang memberikan pencahayaan optimum.

Salah satu kelebihan utama yang terus dipertahankan oleh Honda HR-V adalah kecekapan enjin yang luar biasa.

Dengan penggunaan petrol serendah 4.1L/100km, pemilik dapat menikmati perjalanan yang jauh tanpa perlu bimbang tentang kos petrol yang tinggi.

Sama ada menjelajah dari Perlis hingga ke Johor, rangkaian 145 pusat servis Honda di seluruh negara sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan selepas jualan.

Selain itu, bakal pemilik Honda HR-V facelift dapat memilih rangkaian kuasa yang paling sesuai dengan gaya pemanduan dan keperluan mereka melalui tiga pilihan enjin :

• Aspirasi semulajadi (NA): Enjin yang responsif dan efisien untuk pemanduan harian yang lancar.

• Turbo: Nikmati pecutan dan kuasa yang lebih tinggi untuk pengalaman pemanduan lebih dinamik.

• e:HEV (Hybrid Electric Vehicle): Rangkaian kuasa hibrid yang menggabungkan prestasi dengan penjimatan bahan api yang optimum serta pelepasan karbon yang rendah.

Komitmen Honda terhadap keselamatan juga dipertingkatkan bagi model facelift ini. Sistem keselamatan terunggul Honda SENSING pula memberikan perlindungan yang komprehensif kepada pemandu dan penumpang.

Jangan tunggu lagi…Jadilah antara yang terawal memiliki Honda HR-V facelift. Kunjungi pengedar Honda terdekat di seluruh negara untuk membuat tempahan atau layari laman web rasmi Honda Malaysia.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here