
Honda CR-V merekodkan SUV segmen-C terlaris di pasaran Malaysia dengan jualan 11,300 unit tahun lalu.
Honda Malaysia menyatakan pencapaian berkenaan menyumbang kepada 36 peratus perkongsian pasaran bagi segmen SUV tersebut.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata sejak pelancaran Disember 2023, penerimaan CR-V di pasaran tempatan semakin kukuh.
“Permintaan yang meningkat ini menyaksikan pertumbuhan 40 peratus tahun ke tahun yang luar biasa dalam segmennya. Ia menjadikan CR-V adalah model terlaris ketiga dalam barisan Honda Malaysia tahun 2024.
“Varian petrol E muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan pelanggan, menyumbang 40 peratus daripada jumlah jualan CR-V. Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dan kepercayaan daripada pelanggan kami,” katanya.
Tambahnya, pengenalan varian 2.0L e:HEV RS juga melebihi jangkaan Honda Malaysia dengan sumbangan 20 peratus kepada keseluruhan jualan CR-V selain menguasai 87 peratus bahagian pasaran.
Pasaran tempatan didatangkan dengan empat pilihan varian Honda CR-V pada harga mula RM159,900 seunit.
ARTIKEL LAIN
Berapa bayaran bulanan Honda CR-V e:HEV RS? Kami kirakan untuk anda…