Honda CR-V rasmi lancar, harga mula RM160k

1126

Honda Malaysia rasmi melancarkan CR-V generasi keenam pada harga mula RM159,900. Sejak sebulan lalu, pengedar rasmi jenama itu menerima 2,000 unit tempahan CR-V. 

Pasaran tempatan didatangkan dengan empat pilihan varian yang mana hanya varian V menggunakan AWD dan S,E, RS dipacu 2WD :



  • S : RM159,900
  • E : RM169,900
  • V : RM181,900
  • RS HEV : TBC (umum tahun depan)

*Bagi 750 pembeli awal varian S, Honda Malaysia menawarkan diskaun RM2,000 pada harga RM157,900. 

Ada dua pilihan janakuasa :

Pasaran tempatan menerima dua pilihan enjin dengan pacuan semua roda (AWD) atau pacuan dua roda (2WD). Buat pertama kalinya, CR-V hadir dalam format penggerak hibrid di samping versi petrol.

  • 2.0L e:HEV

Enjin 2.0-liter suntikan langsung 4-silinder Atkinson cycle DOHC menghasilkan kuasa 148PS @ 6,100rpm dan tork 190Nm @ 4,500rpm.

Gabungan motor menjana total output 184PS @ 5,000 – 8,000rpm dan tork 335Nm @ 0-2,000rpm  bersama transmisi e:CVT.

Trenkuasa ini didatangkan dengan naiktaraf Motor Traksi Hibrid yang menawarkan kelajuan maksimum lebih tinggi serta sensasi pemanduan dinamik.

Honda melakukan naiktaraf pada e:HEV generasi baharu yang menawarkan pecutan lebih senyap, rasa langsung ketika pecutan dan kuasa tinggi. 

Sistem e:HEV bekerja dalam tiga sistem pemanduan iaitu mod EV, Hybrid dan Engine yang secara automatik akan berganti mengikut kesesuaian kondisi jalan, beban enjin dan cara pemanduan serta pengendalian kenderaan.

Dalam keadaan normal dengan beban enjin rendah, sistem akan menggunakan mod EV iaitu hanya bateri yang menggerakkan motor sehingga tidak ada penggunaan minyak dan penghasilan emisi. 

Apabila CR-V memerlukan kuasa lebih untuk pecutan, sistem akan menggunakan mod Hybrid, enjin dan bateri bekerja bersama menggerakkan motor elektrik menghasilkan keseimbangan antara tenaga dan kecekapan bahan bakar.

Ketika memandu dengan kelajuan tinggi, sistem akan menggunakan mod Engine Drive, enjin secara total  menggerakan roda untuk menghasilkan kuasa lebih besar.

Manakala Deceleration Paddle Selector pada RS e:HEV berfungsi melambatkan pedal untuk memaksimumkan pengisian kuasa bateri kereta menerusi regenatif brek.

Semakin besar nyahpecutan maka semakin banyak tenaga diserap bateri. Pengguna dapat menggunakan Shift B untuk memberikan nyahpecutan yang selamat bahkan di jalan menurun yang curam, sekaligus pengisian bateri optimum. 

1.5L turbo VTEC

Enjin petrol pula menghasilkan kuasa 193PS @ 6,000rpm dan tork 243Nm @ 1,700-5,000rpm dengan pecutan yang dipertingkatkan. Padanan transmisi CVT memberikan pemanduan lebih senyap dan lancar.

Penambahbaikan pada enjin empat silinder tersebut termasuk kecekapan, respons turbo yang lebih baik, serta pengunaan port silinder ekzos 4-2.

Transmisi CVT mendapat penambahbaikan bagi mengurangkan gejala bising dan gegaran. Sensasi pengendalian SUV keluarga itu boleh diperibadikan mengikut kesesuaian dengan tawaran mod pemanduan Sport, Normal dan Eco.

Info ringkas tentang CR-V :

Honda CR-V mendapat penarafan 5-bintang Asean NCAP dengan skor 87.16 dari 100 poin, apakah kelebihan SUV berkenaan?, ini antaranya:

  • CR-V serba baharu menawarkan ruang kaki tambahan 16mm serta tambahan sudut sandar kerusi belakang 10.5 darjah berbanding model sedia ada.
  • Saiz but lebih besar 589 liter (+67 liter) berbanding CR-V di pasaran. Di lantai bawah kargo tersedua ruangan tayar bersaiz penuh. 
  • Varian terendah, S dilengkapi rim bersaiz 17-inci manakala E, V dan RS menerima rim 18-inci. 
  • Varian RS didatangkan dengan rim aloi rekaan Berlina Black manakala tiga varian lagi rekaan Sparkle Silver.
  • Pemasangan pengelap cermin pintar mengawal jumlah semburan air bagi membersihkan cermin depan.
  • Dalam kabin ada empat slot USB dengan bingkai iluminasi, tiga darinya Type C. 
  • Paparan head up
  • Pengecas telefon tanpa wayar dengan kuasa sehingga 15kW, operasi pengecasan lebih pantas dua hingga tiga kali ganda dengan ciri penyejukkan kipas.
  • Tawaran audio Bose yang mana varian e:HEV mendapat 12 pembesar suara manakala varian petrol (8).
  • Tahap bising dan gegaran diperbaiki menerusi insulator hud, penyerapan bising pada dalaman fender, insulasi karpet lantai, pengurangan bising pada rim dan semburan jenis busa uretana serta menukar struktur silencer. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here