5 sebab Honda CR-V Serba Baharu, SUV pilihan tahun ini

6292

Anjakan seismik SUV memberi kesan kepada segmen sedan pasaran tempatan terutamanya segmen-D yang semakin menguncup.

SUV menjadi pilihan utama keluarga kecil yang memberikan tawaran lengkap sama ada kegunaan harian mahupun road trip pada hujung minggu.

Terkini, pesaing baharu SUV segmen-C rasmi mendarat di pelabuhan Malaysia. Ini 6-fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Honda CR-V (2023):



1. SAIZ LEBIH BESAR

Keperluan bagi pengguna SUV adalah seberapa banyak barangan boleh diisi dalam kabin dan pada masa sama tidak mengurangkan keselesaan penumpang.

Semakin besar dimensi SUV memberi kesan pada kelapangan kabin. Ini antara tawaran yang diberikan oleh CR-V baharu yang mana jarak rodanya bertambah 40mm menjadi 2,700mm.

Bahkan, dimensi SUV generasi keenam itu juga lebih besar berbanding sebelumnya menerusi panjang 4,691mm, lebar (1,866mm) dan tinggi (1,681mm).

Ini menawarkan pertambahan panjang 68mm, lebar (+10mm) dan tinggi (-2mm). Manakala jarak kelegaan tanah kekal tidak berubah 198mm atau 208mm (mengikut varian).

2. REKAAN BADAN MODEN

Rekaan badan sebuah SUV tidak dapat lari daripada imej berkotak. Namun, ia dimodenkan menerusi garis badan yang aerodinamik serta padanan reka bentuk lebih sporty.

Seperti mana CR-V serba baharu. Dengan profil badan ‘kotak’, menyerlahkan gaya maskulin menerusi garis bahu lurus, hud depan yang rata dan gril heksagon yang besar.

Honda CR-V menghilangkan bentuk melengkung dari generasi sebelumnya dengan penampilan yang tajam.

Pemilihan rekaan sedemikian seperti garis bumbung yang tinggi, lantai rendah dan bentuk berkotak sebenarnya memberi kelebihan pada ruang kepala, kaki dan kargo yang tidak terhad.

Garis bumbung yang tidak landai di belakang seperti mana sedan menawarkan ruang kepala tambahan buat penumpang belakang. Bahkan, operasi keluar dan masuk cukup mudah tanpa perlu membongkok.

Selain itu, buat pertama kalinya juga CR-V dilengkapi dengan Gril Penutup Aktif yang meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api.

Ia dipasang di bahagian bawah bampar depan yang akan mengawal aliran udara penyejukan dengan membuka dan menutup penutup secara automatik berdasarkan kelajuan, suhu enjin dan keperluan penyejukan kereta.

Sekiranya pelanggan memilih e:HEV RS bakal mendapatkan sebuah SUV dengan rasa premium menerusi reka bentuk gril jejaring (mesh) yang tebal serta ciri LED pada semua pencahayaan merangkumi lampu depan, belakang, kabus dan signal berurutan.

Ciri peralatan lain termasuklah hendal pintu yang anggun, rim aloi Berlina Black bersaiz 18-inci serta but dengan ciri bukaan elektrik bebas tangan bersama Walkaway Close.

3. KABIN

Masuk ke kabin nuansa moden boleh dilihat menerusi bentangan papan pemuka yang mirip Honda Civic terbaharu.

Ventilasi pendingin hawanya lebih ramping dengan rekaan kawalan suhu yang minimalis. Turut tersedia aksen honeycombpada kekisi AC dan bahagian tengah papan pemuka. Sedangkan semua kerusinya dibaluti kulit sintetik lengkap dengan perincian jahitan.

Honda juga melengkapi CR-V dengan bumbung suria/panorama, paparan head up, kluster meter TFT bersaiz 10.2-inci, skrin infotainmen 9-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, corong pendingin hawa penumpang belakang, lampu ambien, slot USB (Type A & C), 12 pembesar suara Bose, Honda CONNECT dan lain-lain.

4. CIRI BAHARU

Pemanduan juga semakin praktikal dengan rangkaian teknologi yang direka untuk memudahkan pemilik.

Untuk ciri keselamatan aktif, CR-V memiliki kamera terbaharu dengan sudut 90 darjah dan sistem radar gelombang milimeter yang memantau kawasan sekitar, 120 darjah.

Ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low-Speed Follow dan Lane Keep Assist (LKAS) kini mampu memberikan respons lebih baik.

Jangan lupa, pemanduan semakin aman dengan adanya segudang ciri keselamatan daripada Honda SENSING:

Collision Mitigation Braking System (CMBS)

Lane Keep Assist System (LKAS)

Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning (RDM, LDW)

Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC, LSF)

Auto High Beam (AHB)

Adaptive Driving Beam (ADB)

  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • Forward Collision Warning (FCW)

5. ENJIN

Seperti mana Thailand, pasaran tempatan juga menerima dua pilihan enjin dengan pacuan semua roda (AWD) atau pacuan depan (FWD).

Buat pertama kalinya, CR-V hadir dalam format penggerak hibrid manakala versi non hibrid masih tersedia.

2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 335Nm bersama transmisi e:CVT. Trenkuasa ini didatangkan dengan naiktaraf Motor Traksi Hibrid yang menawarkan kelajuan maksimum lebih tinggi serta sensasi pemanduan dinamik.

1.5L turbo VTEC pula menawarkan output 193PS dan tork 243Nm dengan pecutan yang dipertingkatkan. Padanan transmisi CVT memberikan pemanduan lebih senyap dan lancar.

Penambahbaikan pada mesin empat silinder tersebut termasuk kecekapan, respons turbo yang lebih baik, serta pengunaan port silinder ekzos 4-2. Masih dipadankan dengan CVT namun mendapat penambahbaikan bagi mengurangkan gejala bising dan gegaran.

VARIAN & HARGA

Buat masa ini, Honda Malaysia masih belum mengumumkan lagi harga bagi Honda CR-V baharu.

Tunggu sahaja laporan kami pada majlis pelancaran yang dijangka diadakan pada Disember ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here