Sindiket seludup diesel subsidi bernilai RM14 juta guna kapal

325

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dianggarkan berjumlah RM14.3 juta dalam satu serbuan pada Rabu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, menerusi hasil risikan satu serbuan dijalankan di Pelabuhan Klang, Selangor.



“Seramai enam warganegara asing turut ditahan dalam serbuan terhadap sebuah kapal minyak dan berjaya merampas 138,982 liter diesel bersubsidi dan pam minyak dengan hos.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, pihak Perisikan Siasatan Khas (PSK) JKDNKA berjaya melakukan 66 serbuan dan operasi terhadap barang kawalan serta diesel bersubsidi dengan nilai rampasan RM73.804,831.50.

“Manakala tangkapan seramai 240 orang. Pihak JKDNKA sentiasa komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.

“Ini bagi memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada kegiatan tidak bertanggungjawab dan isu ketirisan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here