Polis guna dron tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

177

Polis menerbangkan sebuah dron di sekitar kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai untuk membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

Tinjauan akhbar SH mendapati, dron itu diterbangkan di sekitar lokasi anak sungai dan belukar yang menjadi tempat penemuan mayat Zayn Rayyan.

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Selasa lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.



Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, kawasan apartmen di sini terus menjadi tumpuan media selepas mayat Zayn Rayyan ditemukan sejak dua hari lepas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here