Honda Civic RS e:HEV: Lebih 100kg, tetapi lebih berkuasa dan lincah berbanding Civic 1.5L Turbo

1979

Honda Malaysia memperluaskan lagi varian hibrid dalam barisan kenderaannya dengan memperkenalkan Civic 2.0L e:HEV RS.

Ia tidak menggunakan enjin hibrid 1.5L e:HEV seperti model City, City Hatchback atau HR-V, tetapi menggunakan rangkaian kuasa lebih besar iaitu 2.0L e:HEV.

Enjin baharu itu adalah yang pertama diperkenalkan dalam keluarga Honda di Malaysia!



Honda Civic Hibrid ini menggunakan rangkaian kuasa baharu sistem hibrid-penuh e:HEV berkapasiti 2.0 liter yang dibantu dengan dua motor elektrik. 

Ia menyalurkan output 184PS dengan tork setingga 315Nm yang mana kuasa itu disalurkan E-CVT. 

Unit Kuasa Pintar (IPU) dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang lebih ringan dan Kompak, selain berciri penyimpanan dan pengecasan kecekapan tertinggi.

Menerusi temuramah dengan Ketua Projek Civic e:HEV, Tomoyuki Yamagami secara dalam talian, semalam, beliau memaklumkan bahawa jentera itu menggunakan enjin suntikan terus serta sistem hibrid baharu yang berbeza dengan model Accord 2.0L e:HEV (model ini tidak bawa masuk untuk pasaran Malaysia). 

Menurutnya, Civic e:HEV lebih berat 100kg berbanding dengan Civic 1.5L turbo membabit bateri Unit Kuasa Pintar (IPU).

“Namun, kami mampu mengimbangkan berat itu dengan membahagikan 50kg masing-masing di hadapan serta belakang.

“Selain itu, pusat graviti turut lebih rendah 10 milimeter berbanding Civic 1.5L turbo sekali gus meningkatkan lagi prestasi pengendaliannya,” katanya.

Yamagami berkata, memandangkan Civic e:HEV lebih berat, beberapa komponen termasuk suspensi membabitkan gegelung serta peredam turut ditukar untuk memberi pengendaliannya lebih baik.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kuasa output untuk Civic e:HEV pasaran Malaysia lebih tinggi berbanding di Thailand, kerana perbezaan bahan api antara kedua-dua negara berkenaan.

Saksikan video ini, ternyata Honda Civic 2.0L e:HEV RS memang padu!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here