[Video] Honda Civic 2.0L e:HEV RS: Ini perbezaan ketara berbanding Civic 1.5L Turbo

1327

Honda Malaysia secara rasminya memperkenalkan Civic 2.0L e:HEV RS yang digelar sebagai model ‘Smart Sport’ dalam barisan kenderaan segmen C itu.

Jika dibandingkan dalam carta, Civic 2.0L e:HEV RS ini berada ditengah-tengah antara model berpretasi Type R dengan Civic 1.5L Turbo.

Ini perbezaan ketara antara Civic 2.0L e:HEV dengan Civic 1.5L Turbo

Luaran:



  • Bingkai pintu krom
  • Pemegang pintu krom
  • Jeriji hadapan krom
  • Perumah lampu hadapan kemasan krom
  • Logo Honda kemasan biru depan dan belakang
  • Logo e:HEV
  • Satu peredam ekzos
  • Rim 18 inci rekaan baharu dengan kemasan dua tona warna

Ruang Dalam:

  • Meter TFT 10.2 inci
  • Pengecas tanpa wayar
  • Penyaman udara dual auto

Honda Civic Hibrid ini menggunakan rangkaian kuasa baharu sistem hibrid-penuh e:HEV berkapasiti 2.0 liter yang dibantu dengan dua motor elektrik. 

Ia menyalurkan output 184PS dengan tork setingga 315Nm yang mana kuasa itu disalurkan E-CVT. 

Unit Kuasa Pintar (IPU) dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang lebih ringan dan Kompak, selain berciri penyimpanan dan pengecasan kecekapan tertinggi.

Harganya pula, ia dijual bermula RM166,500, dan lebih mahal kira-kira RM150,700 berbanding Civic 1.5L Turbo RS.

Saksikan video ini, ternyata Honda Civic 2.0L e:HEV RS memang padu!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here