Honda Malaysia rasmi lancar Civic RS e:HEV, harga RM166k

1079

Honda Malaysia rasmi memperkenalkan varian baharu Civic RS e:HEV ke pasaran tempatan sekaligus melengkapkan pilihan sedan segmen-C berkenaan. 

Buat mereka yang inginkan prestasi bolehlah mempertimbangkan RS Civic e:EV ini. Sedan ini dijana oleh enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 181hp dan tork 315Nm.



Enjin berkenaan memberikan prestasi pecutan dan penjimatan minyak lebih baik bersama kadar bunyi bising yang rendah.

Model hibrid ini dibezakan menerusi lencana H berwarna biru, lencana e:HEV, rim dua tona bersaiz 18 inci dan kemasan krom di beberapa bahagian misalnya bingkai cermin sisi, hendal pintu serta gril depan. 

Kabin RS Civic e:HEV dilengkapi skrin kluster digital TFT bersaiz 10.25 inci, skrin infotainmen 9-inci, ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecasan tanpa wayar Qi dan fungsi menghidupkan enjin jarak jauh.

Buat kali pertama juga Honda Malaysia melengkapkan penawaran Civic RS e:HEV dengan fungsi kunci pintar yang mirip kad kredit.

Tawaran kawalan bising luar dan kawalan bising aktif meningkatkan pengalaman pemanduan dengan tahap bunyi bising (NVH) lebih rendah.  

Dari segi keselamatan, Civic RS e:HEV ditawarkan dengan sistem Honda Sensing merangkumi ciri-ciri seperti brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan Lorong, bantuan suluhan tinggi automatik dan amaran pergerakan depan.

Civic RS e:HEV dijual pada harga RM166,500 seunit dengan empat pilihan warna iaitu putih, merah, kelabu dan hitam. 

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here