Honda Malaysia tawarkan pilihan warna baharu untuk City dan Accord

1017

Honda Malaysia memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model terlarisnya City dan Accord, untuk menyediakan pilihan yang lebih menarik kepada pelanggan Honda.

Kedua-dua model tersebut menawarkan warna Meteoroid Grey Metallic yang menggantikan Modern Steel Metallic sedia ada, manakala City juga akan menerima pilihan warna Ignite Red Metallic buat pertama kali, bagi menggantikan warna Passion Red Pearl.

Sehingga kini, terdapat lebih 32,500 unit City di jalan raya Malaysia sejak dilancarkan dan ia merupakan model terlaris Honda Malaysia pada Januari dan Februari 2022 dengan sumbangan 38 peratus kepada keseluruhan jualan syarikat dalam tempoh tersebut.



Bagi varian City RS e:HEV dikuasakan oleh 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) powertrain, memberikan output kuasa 109PS dan tork 253Nm. Sementara itu, varian petrol V-SENSING, V, E dan S dikuasakan oleh nadi 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 121 PS dan daya kilas 145 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

City ia dilengkapi ciri keselamatan sedia ada yang merangkumi enam beg udara, Honda LaneWatch, ABS, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), EBD, BA, lampu isyarat berhenti kecemasan (ESS), bantuan mula mendaki (HSA) serta cagak ISOFIX pada tempat duduk belakang.

Accord Generasi Ke-10 pula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2020. Model itu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia dengan lebih 2,200 unit terjual sehingga kini.

Ia dikuasakan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dan ia sekali gus menjadikan Honda pengeluar kereta Jepun pertama yang membawa enjin pengecas turbo kepada segmen D. Enjin itu mampu menjana kuasa sebanyak 201PS dan daya kilas maksimum sebanyak 260Nm, jauh lebih berkuasa berbanding prestasi enjin 2.4L.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here