Lebih 200 buah stesen minyak Shell di Malaysia kini berkuasa solar

700

Shell Malaysia telah mencapai satu lagi kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobiliti syarikat melalui pemasangan panel solar di 216 buah stesen minyak Shell di seluruh negara.

Pemasangan ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tenaga ini untuk melaksanakan gabungan langkah-langkah bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan jejak karbon.



Shell bekerjasama dengan Cleantech Solar untuk memasang panel solar di stesen-stesen minyak syarikat di Malaysia. Setakat ini, sebanyak 22,5050 keping panel Foto Voltaic (PV) solar dengan jumlah kapasiti sebanyak 10.12 megawat (Mwp) telah dipasang di bumbung-bumbung 216 buah stesen sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menjalankan perniagaan secara selamat, cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan.

Sebagai contoh, jumlah panel solar yang kini dipasang di stesen-stesen Shell mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 12,939 Mwj. Jumlah ini cukup untuk membekalkan kuasa kepada anggaran 3740 isi rumah selama setahun.

Pemasangan panel solar di stesen-stesen minyak membantu menambah bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal kuasa elektrik tempatan. Ini memberikan penjimatan elektrik yang lebih tinggi kepada stesen secara jangka panjang.

Setakat ini mereka telah memasang solar panel di 216 buah stesen dan jumlah ini akan meningkat kepada 350 buah stesen menjelang akhir tahun 2022.

Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught merupakan dua buah stesen minyak pertama di Malaysia yang menerima Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada tahun 2019.

Shell juga telah membuka Shell Mint Hotel yang merupakan contoh sebuah “stesen minyak masa depan” dan menjadi Stesen Minyak Pertama di Malaysia dengan Persijilan GBI Emas.

Selain itu, Shell kini telah menerima persijilan GBI untuk lima buah stesen di Malaysia termasuk Shell Taman Connaught, Shell Damansara Jaya, Shell Mint Hotel, Shell Tangkak Layby dan Shell Alor Pongsu.

Kumpulan Shell telah menetapkan sasaran untuk menjadi perniagaan tenaga dengan pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050 seiring dengan matlamat dunia. Usaha ini juga selaras dengan cita-cita Malaysia ke arah mencapai status Neutral Karbon 2 pada tahun yang sama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here