Yamaha 135LC Fi enjin Fi eksklusif pasaran Malaysia sahaja dan tidak masuk lagi di negara lain

6318

Tahukan anda, sebenarnya Yamaha 135LC Fi yang diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Motor semalam adalah eksklusif pasaran Malaysia sahaja.

Ini kerana Malaysia menjadi satu-satu model moped yang ditawarkan untuk  motosikal berkenaan.  Buat masa ini, ia belum lagi menjengah pasaran Indonesia, Thailand atau Vietnam. 

Jika Thailand, ia dikenali sebagai Yamaha Spark 135, Yamaha Exciter 135 (Vietnam) dan Yamaha Jupiter MX (Indonesia). 



Jadi mengapa hanya Malaysia dapat eksklusif 135LC Fi ini?

Pengenalan 135LC Fi ini berikutan pasaran Malaysia adalah lebih kuat kepada pengguna moped berbanding skuter. 

Pengarah Urusan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Dr Jim Khor, berkata hala tuju Yamaha Motor Co Ltd untuk Asia, pembangunan skuter adalah majoriti di Indonesia, Thailand dan Vietnam yang mana penguasaan pasarannya adalah dalam lingkungan 55 peratus skuter dan 45 peratus moped.

Menurutnya, berbeza pula di Malaysia kerana penguasaan moped mencecah antara 70 hingga 80 peratus dan selebihnya adalah skuter.

“Yamaha Motor Co Ltd bersama-sama dengan Hong Leong Yamaha Motor membangunkan 135LC Fi ini khas untuk pasaran Malaysia.

“Kenapa kami mahu membangunkan 135LC ini untuk Malaysia, kami tidak mahu mengecewakan peminat 135LC yang mempunyai sokongan kuat di sini.

“Berdasarkan penyelidikan kami, memang ada satu kumpulan yang betul-betul minat 135LC dan sebab itu kami meneruskan untuk menawarkan moped berkenaan untuk pasaran Malaysia,” katanya, selepas majlis pelancaran Yamaha 135LC Fi.

Kenapa tiada versi klac? 

Ketika ditanya mengapa tidak menawarkan 135LC versi klac, Khor berkata sebelum ini, memang HLYM menawarkan 135LC versi klac atau klac auto.

Menurutnya, pada masa itu nisbah yang membeli kotak gear klac auto lebih tinggi iaitu 70 peratus dan 30 peratus memilih klac.

“Lagi pun, selepas kami memperkenalkan Ysuku (Y15ZR), jualan untuk 135LC tidak terjejas dan sentiasa berkembang.

“Ini adalah keputusan yang tepat buat masa ini hanya untuk menawarkan kotak gear klac auto sahaja,” katanya.

Untuk makluman, buat masa ini, ada lebih 1 Juta pemilik 135LC di luar sana.

P/S: Jika mahu moped yang mempunyai klac, anda boleh memilih sama ada Y15ZR atau Y16ZR.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

1 KOMEN

  1. Terbaik Hong leong Yamaha .
    First Ingatkan Nak ambil Lc version8
    , Setelah Di perkenalkan harga tak Jauh beza Dengan Y15 . And kedua-dua model sangat Memuaskan . Namun jika saya di suruh buat pilihan saya Lebih memilih Y15 yang Sudah mempunyai Klac dan 5s , saya Harap masa akan datang Hong leong Yamaha dapat Keluarkan Lc version9 dengan klac .

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here