Caltex anjur cabaran TikTok, pemenang berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik

735

Caltex, yang dipasarkan oleh Chevron Malaysia Limited (CML), berbangga untuk mengumumkan cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar, dengan kerjasama Def Jam Asia Tenggara dan Universal Music Group for Brands.

Para peserta berbakat juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti iPad 10.2-inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series, dimana cabaran akan bermula dari 18 Februari 2022 hingga 21 April 2022



Untuk cabaran ini, sebuah lagu rap 60-saat telah digubah dan diterbitkan bersama oleh SonaOne untuk Caltex, dan dipersembahkan oleh artis dari tiga negara, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina.

Tunjukkan kreativiti dan kecanggihan anda dengan menambah penapis dan grafik berbeza ke dalam video menggunakan ekspresi wajah dan gerak badan menarik. Berikut ialah panduan untuk rujukan peserta cabaran:

1) Anda boleh mendapatkan pautan kepada lagu rap ini, menghasilkan video anda sendiri dan menyertai cabaran TikTok di sini.

2) Peserta mesti menggunakan hanya kesan grafik (penapis) rasmi jenama #Caltexunstoppablestar dalam aplikasi TikTok, dan muzik yang dicipta untuk peraduan.

3) Video mesti dipaparkan di platform TikTok dan harus kekal sebagai video awam sehingga tarikh akhir peraduan.

4) Semua peserta hendaklah meletakkan hashtag rasmi #Caltexunstoppablestar dalam keterangan video.

5) Lagu rap penuh ialah selama 60 saat. Rentak semakin pantas setiap 15 saat, menjadikan tahap seterusnya lebih sukar. Peserta memilih tahap yang ingin dikuasai mereka: 1, 2, 3, atau 4 (rap tahap tertinggi).

6) Setiap 3 minggu, Caltex akan memilih 3 pemenang dengan ‘penyertaan paling kreatif’ yang akan memenangi hadiah.

7) Setiap pemenang akan membawa pulang iPad 10.2 inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan
minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series.

Cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar juga akan berlangsung di Filipina dan Thailand.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here