Utama Berita Automotif Audi A6 catat rekod pemanduan elektrik paling jauh, sekali cas boleh capai...

Audi A6 catat rekod pemanduan elektrik paling jauh, sekali cas boleh capai jarak 1,338 km!

5

Audi berjaya memecahkan rekod dunia untuk jarak pemanduan paling jauh dengan sekali cas sahaja. 

Rekod baharu itu dicatatkan oleh juara Rali Eropah, Miko Marczyk yang memandu sebuah A6 Sportback e-tron performance. 

Perjalanan bermula di Zakopane, Poland yang memanfaatkan kawasan pergunungan Tatra untuk brek regeneratif yang maksimum.

Antara kawasan yang dilalui termasuklah Lembah Vistula, Puławy, Warsaw, serta melalui kawasan Tri-City dan Hel sebelum berpatah balik. 

Kereta elektrik tersebut akhirnya berhenti antara Toruń dan Ciechocinek dengan jumlah jarak 1,338 km dengan hanya sekali cas. 

Angka tersebut memang luar biasa kerana jarak rasmi yang diumumkan oleh Audi untuk model ini hanyalah sekitar 681 km hingga 776 km sahaja. 

Audi A6 Sportback e-tron performance menggunakan tetapan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang menghasilkan 362 hp dan 565 Nm. 

Rekod tersebut dibuat dalam keadaan trafik jalan raya yang biasa dengan purata penggunaan tenaga sekitar 7.09 kWh/100 km.

Marczyk kini memegang rekod Guinness untuk kategori ICE dan EV. Pada tahun 2025, beliau mencatatkan jarak pemanduan paling jauh dengan satu tangki petrol menggunakan Skoda Superb. 

Dalam cubaan tersebut, Skoda Superb itu berjaya mencecah jarak 2,831 km dengan kadar penggunaan petrol serendah 2.6 liter/100 km. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here