Utama Berita Automotif Fernando Alonso kini pemilik Bugatti Veyron yang paling mahal pernah dibina

Fernando Alonso kini pemilik Bugatti Veyron yang paling mahal pernah dibina

6

Dengan gaji sekitar $20 (RM81.5) juta, tiada masalah untuk pelumba F1 Fernando Alonso mendapatkan kereta idaman hati. 

Terbaharu, Alonso berjaya mendapatkan kunci untuk sebuah kereta hiper yang cukup istimewa, iaitu Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse. 

Menurut laporan, Veyron ini merupakan unit yang paling mahal pernah dibina dengan casis bernombor 8100. 

Pemilik asalnya terinspirasi dengan model Veyron 16.4 Pur Sang, jadi beliau meminta Bugatti untuk membina satu-satunya Grand Sport Vitesse dengan panel badan aluminium yang dimesin daripada blok solid. 

Disebabkan kos yang terlalu tinggi, pada mulanya permintaan tersebut ditolak. 

Namun setelah pemilik tersebut berkeras dan mengugut untuk membatalkan beberapa pesanan Bugatti yang lain, projek tersebut akhirnya diluluskan. 

Difahamkan, Bugatti memerlukan lebih 20 tan blok aluminium untuk Veyron ini. 

Badan aluminium yang berkilat itu kemudian dipadankan dengan upholsteri kulit merah terang di bahagian dalam. 

Pada awalnya, Veyron tersebut mempunyai beberapa sentuhan khas bertulis ‘Kaq’ pada bahagian perehat kepala, penutup minyak dan jeriji.

Semua elemen tersebut dikembalikan semula kepada spesifikasi asal sebelum Alonso membelinya. 

Model ini dijual oleh pengedar Jerman, Mechatronik yang turut sama menjual sebuah Pagani Zonda Diamante Verde one-off kepada Alonso. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here