
Pernah dengar beli kereta sport/supercar dengan kadar pembiayaan 0%?
McLaren Amerika Syarikat dilapor menggunakan pendekatan tersebut sebagai salah satu cara untuk menghabiskan stok Artura secepat mungkin.
Sepanjang bulan Ogos hingga September, supercar hibrid itu kini ditawarkan dengan pakej pembiayaan 0% APR.
Kadar sifar peratus itu hanya sah untuk tempoh pembiayaan selama 36 bulan sahaja, manakala untuk pembiayaan 72 bulan kadar tersebut meningkat kepada 2.99% APR.
Menurut laporan Cars Direct, tawaran 0% ini hanya sah untuk pelanggan dengan skor kredit FICO 700 hingga 850.
Jadi dengan deposit sekitar 10%, pembeli hanya perlu membayar ansuran bulanan sekitar $6,510 (RM26,509) untuk Artura versi asas berharga $260,400 (RM1.06 juta).
Pakej pembiayaan ini sah untuk pembelian model Coupe & Spider bagi varian asas, Vision, TechLux dan Performance, hanya untuk model tahun 2025 dan 2026 sahaja.
McLaren dilapor akan menamatkan produksi Artura pada tahun 2028 bagi memberi ruang kepada model baharu yang lebih dikenali sebagai P34.
Dengan harga jualan sekitar $313,000, P34 jauh lebih mahal berbanding Artura.
Ia bakal hadir dengan tetapan enjin V6 turbo berkembar hibrid dengan tork yang jauh lebih tinggi berbanding enjin V8 pada 750S.

































