Honda Malaysia kekal No.1 segmen kenderaan penumpang bukan nasional, City paling laris!

706

Honda Malaysia merekodkan lebih daripada 80,200 unit jumlah jualan pada 2022 dan mencapai sasaran jualannya sebanyak 80,000 unit.

Pencapaian jualan yang luar biasa pada 2022 membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta No.1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.



Daripada keseluruhan jualan 2022, Mac mencatatkan jualan tertinggi dengan lebih 10,500 unit terjual.

Prestasi jualan 2022 yang cemerlang adalah disebabkan oleh pelancaran Civic pada Januari, diikuti HR-V pada Julai sekali gus meningkatkan tahap dalam segmen SUV kompak dengan menjadi satu daripada tiga penyumbang utama kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia. 

Baca juga >> Honda HR-V 2022 – Jangan tengok lama-lama, takut jatuh cinta!

Mengakhiri tahun lalu, Honda Malaysia melancarkan Civic e:HEV RS pada November, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran.

Kereta Honda terlaris pada 2022 adalah model segmen B, iaitu City dengan menyumbang 36 peratus. City Hatchback dan HR-V adalah antara tiga model menerima permintaan memberangsangkan dengan masing-masing mencatatkan 20 peratus dan 14 peratus daripada jumlah jualan.

Dari segi jualan serantau, wilayah Tengah adalah penyumbang tertinggi sebanyak 51 peratus, diikuti oleh wilayah Selatan dan wilayah Utara masing-masing sebanyak 19 peratus dan 17 peratus.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia,Hironobu Yoshimura berkata, 2022 adalah tahun yang mencabar dengan kekurangan cip global dan bencana banjir yang menjejaskan pengeluaran keretanya.

Menurutnya, namun, Honda Malaysia mampu melepasi sasaran jualan dengan sokongan padu daripada semua pihak. 

“Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar untuk memastikan penghantaran tepat pada masanya kepada pelanggan, terutamanya mereka yang menempah kereta mereka semasa tempoh pengecualian cukai jualan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here