Jimat RM4,000 beli Volkswagen sempena perayaan Tahun Baru Cina

343

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan tawaran perayaan yang menarik untuk semua pelanggannya.

Bermula 1 Januari hingga 28 Fabruari 2023, peminat Volkswagen akan menikmati penjimatan Tahun Baru Cina sehingga RM4,000 ke atas model-model terpilih termasuklah Golf GTITiguan Allspace (Life, Elegance dan R-Line) serta Arteon R-line 4MOTION.

Bukan itu sahaja, semua pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di bilik pameran mereka pada 7 dan 8 Januari yang menyediakan tawaran serta pandu uji untuk semua model, terutama keluarga Tiguan Allspace.



Pemeriksaan kenderaan secara percuma turut disediakan di pusat-pusat servis bertauliah bagi mengharung perjalanan jauh sepanjang musim perayaan. Pemilik kenderaan dijemput untuk membuat temu janji servis menerusi aplikasi Volkswagen Cares.

Pada masa sama, pelanggan Volkswagen perlu memanfaatkan sepenuhnya kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services yang bermula pada 1 Januari hingga Mac 2023.

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang berbelanja minimum RM800 di mana-mana pusat servis Volkswagan akan menerima baucar barangan rasmi bernilai RM30. 

Gunakan baucar kempen ini untuk memenangi lebih banyak barangan, termasuklah kerusi santai Volkswagen yang diminati ramai.

Baca juga >> Lelaki ini mempunyai 114 unit Volkswagen Golf, ini kisahnya bermula…

Baca juga >> Volkswagen Tiguan Allspace Life baharu, Ini 5 cirinya yang anda perlu tahu

Bagi pelanggan Volkswagen Care Plus (VCP), anda akan menerima satu kit nyahkuman secara percuma dengan setiap servis dan penggunaan baucar diskaun servis VCP yang ditawarkan dalam aplikasi Volkswagen Cares. Maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here