5 info ringkas Arteon R-Line 4Motion (2021), Harga Mula RM247k

1864

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) rasmi memperkenalkan Arteon R-Line 4MOTION (2021) ke pasaran tempatan.

Arteon sebuah fastback yang menawarkan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan pemanduan berbeza dengan rasa sporty.



Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan pada harga bermula RM247,670.97  bersama penyelanggaraan percuma selama 3-tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5-tahun.

  1. ENJIN

Model fastback berkenaan dijana oleh enjin 2.0 liter TSI turbo yang mampu menghasilkan kuasa 280PS dan tork 350Nm. Dipadankan dengan kotak gear direct shift klac berkembar basah DSG 7-kelajuan, pecutan dari 0-100km/j mampu dicapai dalam tempoh 5.6 saat.

Sistem 4-Motion pacuan semua roda menyalurkan kuasa ke roda belakang apabila perlu bagi mendapatkan cengkaman dan kawalan lebih baik di atas jalan. Di atas kertas, Arteon merekodkan penggunaan bahan api sekitar 7.4l/100 km.

Pemandu juga boleh mengubah suai pemanduan melalui ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dengan 15 pilihan peningkatan dan lima mod pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

2. LUARAN

Penampilan tersendiri Arteon diserlahkan menerusi rekaan hud “clamshell” tersendiri yang menurun ke arah gril krom kemudian diapit dengan sepasang lampu utama LED. Corong pengambilan udara juga menerima kemas kini baharu.

Pada bahagian belakang, kluster lampu LED 3D dan lampu isyarat membelok secara berturutan memberikan pandangan imej  bercerun. Imej luaran ditingkatkan dengan dengan gayaan R-Line menerusi pemasangan logo R baharu.

Arteon juga dilengkapi ciri All Weather Light untuk memberikan iluminasi lebih luas bagi meningkatkan pandangan ketika cuaca buruk dan cahaya kelam.

3. KABIN

Sentuhan mewah kabin boleh dilihat menerusi padanan kerusi  ErgoComfort balutan kulit Nappa Carbon. Kerusi pemandu ditawarkan dengan pilihan 14 pelarasan dan fungsi urutan bagi keselesaan pemanduan jauh.

Sistem bunyi premium Harman Kardon hadir bersama 12 unit pembesar suara dengan empat mod kualiti akustik iaitu Pure, Chill Out, Live dan Energy. Suasana mewah kabin ditingkatkan dengan lampu ambien 30 pilihan warna. 

4. KETERSAMBUNGAN

Paparan Digital Cockpit bersaiz 11.7-inci memaparkan maklumat penting pemanduan menerusi enam pilihan skrin dan lebih 30 gabungan termasuklah navigasi 2D dan 3D
serta paparan peta penuh 100 peratus.

Sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci hadir bersama kawalan suara dan gestur bersama sokongan ketersambungan App-Connect, Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar.

Aspek ketersambungan ditambah baik menerusi butang sentuhan haptik pada stereng selain sentuhan pada stereng.  Sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ 3 zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan.

5. CIRI KESELAMATAN

Arteon dilengkapi rangkaian bantuan keselamatan aktif dan pasif seperti:

  • 7 beg udara
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Bantuan Lorong
  • Bantuan Lorong Sisi
  • Sistem Amaran Pemandu
  • Amaran Trafik Belakang
  • Ciri Pandangan Keliling 360°
  • Sistem Brek Pra Kemalangan
  • Sistem Respons Kemalangan Pintar (ICRS)
  • Electronic Different Lock (XDS)
  • Active Bonet untuk melindungi pejalan kaki
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Manoeuvre Braking

BACA>>Ini 5 sebab kenapa anda perlu tahu tork lebih penting dari kuasa

BACA>>Ini 6 alasan kenapa sedan lagi sedap berbanding SUV, mungkin fakta ini mengejutkan anda

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here