Berapakah harga road tax Nissan Skyline dan GT-R di Malaysia? Ini jawapannya

20470

Orang selalu kata; kalau pakai kereta mewah dan mahal, pastilah kena mampu menjaga dan ‘membela’nya, bukan? Pelbagai kos lain berkaitan seperti harga tayar, penyelenggaraan dan insurans yang perlu diambil kira, bukan harga kereta sahaja.

Ibarat semakin besar periuk nasi, semakin banyaklah keraknya.



Jadi jika sebelum ini kami telah kongsikan kos penyelenggaraan Nissan GT-R, kali ini kami ingin kongsikan pula harga road tax atau cukai jalan. Bukan sahaja untuk Nissan GT-R, tetapi untuk abang-abang Skyline sebelumnya sekali.

Kita akan melihat harga cukai jalan untuk Nissan Skyline R32, R33, R34 dan GT-R R35.

Nissan Skyline R32 hingga R34 mempunyai harga road tax yang sama, manakala GT-R R35 sahaja lebih mahal. Mengapa begitu?

Ini kerana struktur cukai jalan dan insurans di Malaysia dikira berdasarkan saiz kapasiti enjin (sesaran). Skyline R32, R33 dan R34 mempunyai enjin RB26DETT 6-silinder sebaris bersesaran 2,569cc atau 2.6-liter, walaupun kuasa dihasilkan pada R32, R33 dan R34 berbeza.

Nissan GT-R R35 pula dipacu oleh enjin yang lebih baharu, iaitu VR38DETT V6 bersesaran 3,799cc atau 3.8-liter. Semasa mula dikeluarkan pada 2007, enjin ini menjana sekitar 473hp dan 588Nm tork.

Tetapi ia telah ditingkatkan hingga 600hp dan 652Nm tork untuk versi Nismo tahun 2020.

Baik, berikut adalah harga road tax bagi Nissan Skyline generasi R32, R33 dan R34:

Semenanjung Malaysia: RM1,130
Sabah dan Sarawak: RM624
Labuan: RM312
Langkawi dan Pangkor: RM565

Nissan GT-R 2017. Imej: Top Gear

Bagi Nissan GT-R R35 pula, harga road tax-nya adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia: RM5,730
Sabah dan Sarawak: RM2,104
Labuan: RM1,052
Langkawi dan Pangkor: RM2,865

Jadi itulah dia sedikit sebanyak angka untuk menjaga sebuah kereta sports lagenda atau apa-apa kereta mewah sekalipun. Dan ini baru road tax, belum insurans ya?

Oh ya, jika anda perasan R35 tidak dipanggil Skyline seperti abang-abang sebelumnya dan belum tahu kenapa, boleh rujuk artikel sejarah Nissan Skyline di sini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here