Ingin miliki Nissan GT-R R35? Cikgu ini kongsi perkara anda perlu tahu untuk ‘bela’ Godzilla

9927

Dengan status sebuah ‘bargain supercar’, maka tidak hairanlah Nissan GT-R R35 atau lebih dikenali sebagai R35 dengan mudah menjadi kegilaan.

Ia mempunyai enjin 3.8-liter twin-turbo V6, pacuan semua-roda (AWD), transmisi dwi-klac 6-kelajuan, pecutan 0-100km/j kurang tiga saat dan kelajuan maksima lebih 300km/j.



Nissan R35 dikatakan ‘bargain supercar’ kerana walaupun dilancarkan pada 2007, ia memiliki spesifikasi dan prestasi yang setanding supercar seperti Ferrari, Porsche dan Lamborghini pada masa itu tetapi pada harga jauh lebih murah, kira-kira separuh atau 1/3 harga jenama-jenama eksotik.

Kini setelah lebih 10 tahun, ia masih ditambahbaik oleh Nissan dan tetap popular dan menjadi kegilaan peminat kereta.

Ramai juga anak muda yang mempunyai keadaan kewangan yang cukup baik tidak memandang kereta mewah seperti Mercedes C-Class atau BMW 3-Series, sebaliknya merisik Nissan R35 ini.

Jadi, jika anda pun sama ingin memiliki supercar Jepun ini, berikut adalah antara perkara yang anda perlu tahu untuk ‘bela’ sebuah Godzilla.

Perkongsian ini dilakukan oleh Hafis Hazam, seorang cikgu yang dikatakan meminati kereta. Hafis membuat perkongsian itu di laman Instagramnya.

Kami olah sedikit perkongsiannya untuk menukar beberapa istilah untuk lebih mudah difahami, tetapi fakta dan angka dikekalkan.

Ini yang ditulis oleh Hafis:

Perkara yg korang kena tau sebelum beli GT-R R35

Servis

1) Engine Oil Service Package
Engine oil (Motul 300V) digunakan sebanyak 5.5 liter untuk 10,000km
Kos dalam lingkungan RM950 berserta upah

2) Transmission Service Package

Cecair transmisi digunakan sebanyak 11 liter untuk 20,000km, kalau aftermarket big oil pan digunakan, lebih banyak minyak diperlukan. Pakej merangkumi “Front Diff Oil” dan “Rear Diff Oil”.
Kos dalam RM2,600 berserta upah.

Komponen ‘wear and tear’ lazim

1) Spark Plug
VR38 merupakan sebuah enjin 6-silinder V6, so 6 unit spark plug diperlukan. Spark Plug original ada 2 jenis; NGK dan Denso.
Kos RM1,320 berserta upah

2) Front Brake Pad
6-pot caliper Brembo, jadi faham-fahamlah, untuk GT-R ada banyak pilihan. Nak yang murah ada, yang mahal ada risiko tanggung sendiri kalau tekan kereta taknak berhenti
Kos dalam RM2,850 (original), RM2,400 (Endless).

3) Rear Brake Pad
Pun sama seperti Front Brake Pad. Banyak pilihan. RM2,640 (original), RM1,700 (Endless).

4) Front Brake Rotor & Rear Brake
Original (Brembo), Endless, dan AP Racing.
Kos dalam  RM12,000 ke RM18,000.

5) ABS Pump
Kos adalah dalam lingkungan RM10,000 dengan upah.

6) Tayar
Universal Ini ikut kemampuan dan minat anda terhadap jenama dan jenis tayar tersebut. Jangan pakai tayar toreh sudahlah.
Kos dalam RM10,000.

7) Flywheel Housing
Dipanggil juga sebagai Bell Housing. Jika benda ni rosak, anda akan dengar ‘rattling sound’ dari bawah kenderaan anda.
Kos RM11,000 siap pasang.

8) Height Level Sensor
Sensor ni terletak di belakang kiri sistem suspensi selalu patah.
Kos RM3,850 dengan upah.

9) Suspension Set
Original atau Litchfield Street.
Kos RM31,000 (Original), dan RM27,000 (Litchfield)

10) Transmission Unit
Gerabox GR6 ni sebenarnya bermacam ragam. Tapi yang common adalah clutch wear. Anggaran kos keseluruhan rebuild balik gearbox unit ni adalah lingkungan RM20, 000 ke RM45,000 atau lebih.

Ni blom cerita Rodtax RM5,725, insuran RM10,000 bergantung pada coverage kereta.

*kredit artikel yazid (salesmanImportCar&serviceAdvisor)

Perkongsian ini telah mendapat lebih 14,000 Like sejak ia disiarkan lebih sebulan lepas. Anda boleh baca sendiri di Instagram Hafis di sini.

Jadi, begitulah tuan-tuan. Pastikan poket kemas dulu baru sambar atau risik supercar ya, tak kiralah Nissan GT-R R35 ke, Ford Mustang ke, Porsche 911 ke, Ferrari 488 GTB ke atau apa sahaja.

Ibarat korang kahwin dengan supermodel Victoria’s Secret, belanja bulanannya mesti lah tinggi sikit dari anak dara biasa kan? Nampak perkataan ‘super’ di situ.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here