Ford Mustang R-Spec Limited Edition dengan V8 Supercharge, hanya untuk Australia

2405

Ford Australia telah bekerjasama dengan Herrod Performance, pengedar terbesar Ford Performance Parts di luar Amerika Utara, untuk mencipta Ford Mustang R-Spec.

Mustang R-Spec diperkenalkan secara eksklusif di pasaran Australia dan akan dikeluarkan  dalam jumlah yang terhad iatu 500 unit. Harganya akan bermula pada AU$99,980 (RM 282,667) dan boleh mula ditempah dari 10 Oktober. Penghantaran akan dibuat bermula pada awal tahun depan.



Enjin

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 dengan supercharge, dipasangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Prestasi sebenar jentera ini belum dikeluarkan, tetapi Ford membayangkan bahawa ia akan menjadi lebih berkuasa dari Mustang Bullitt.

Diyakini bahawa ia akan mempunyai kira-kira 700hp, yang menjadikannya jentera Ford yang paling berkuasa dijual di Australia.

Berbanding dengan model GT, ketinggian Mustang R-spec ini hanya 20mm dari permukaan tanah, dan mempunyai suspensi MagnaRide sebagai standard, sistem yang menyesuaikan kadar redaman 100 kali sesaat.

Untuk meningkatkan prestasi semasa membelok, bar penstabil boleh-laras yang lebih tebal telah ditambah pada bahagian depan dan belakang. Kereta ini juga mempunyai sistem ekzos Herrod Performance yang unik, dengan mod tahap tenang, normal, sukan dan perlumbaan.  Jentera ini juga menyediakan roda aloi 19-inci, yang dimuatkan pada tayar Michelin Pilot Sport 4S.

Sistem

Ford Mustang R-Spec Limited Edition juga menyediakan sistem infotainmen SYNC3 dengan integrasi telefon pintar, sistem navigasi satelit, pendingin hawa dan audio premium B&O.

Kerusi sport, stereng 3-spoke dan kluster instrumen digital 12.4-inci juga disertakan, bersama-sama dengan brek kecemasan autonomi dengan pengesanan pejalan kaki, lane departure alert dengan lane keep assist, kawalan pelayaran adaptif dan lampu self-levelling.

“Kami telah bekerja keras dengan Herrod Performance untuk memperkenalkan jentera ini kepada pelanggan di Australia,” kata CEO dan Presiden Ford Australia dan New Zealand, Kay Hart. “Kini, bekerjasama dengan Herrod Performance, kami dapat membawa Mustang edisi khas ini kepada para pelanggan di Australia menerusi rangkaian pengedaran kami yang luas, dan dengan jaminan keselamatan lima tahun. “

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here