Toyota pendahulu segmen automotif bukan nasional 2022, bakal lancar HEV kedua tahun ini

462

UMW Toyota Motor menutup 2022 dengan jumlah 101,035 kenderaan terjual yang terdiri daripada 100,042 Toyota dan 993 Lexus sekali gus meletakkan Toyota sebagai jenama paling laris bukan nasional di Malaysia.

Berbanding dengan jumlah jualan 72,394 unit (Toyota + Lexus) pada 2021, peningkatan sebanyak 40 peratus dicapai walaupun keadaan pasaran mencabar serta isu rantaian bekalan yang menjejaskan industri automotrif pada peringkat global dan tempatan.



2022 menyaksikan UMW Toyota Motor mencatatkan jualan kukuh dalam kategori SUV Segmen C domestik dengan 17,208 unit Corolla Cross terjual. Hilux mendominasi segmen pikap dengan 27,198 unit terjual, manakala Hiace (390 unit) dan Fortuner (3,432 unit).

2022 adalah tahun yang sibuk bagi UMW Toyota Motor dengan beberapa model baharu dilancarkan. Daripada model baharu itu, Corolla Cross Hybrid adalah model pertama Toyota dengan teknologi Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) yang dipasang di Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, buat masa ini, pihaknya percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia dan akan menambah model HEV kedua pada 2023,” katanya.

UMW Toyota Motor juga mengambil pandangan jangka panjang dan juga sudah menilai kenderaan elektrik bateri (BEV). 

Model Toyota dan Lexus BEV sudah tersedia serta sedang dipertimbangkan untuk diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi apabila perjalanan ke arah pelepasan sifar berterusan.

 

Sementara itu, UMW Toyota Motor bakal membawa masuk model-model GR berkuasa tinggi ke pasaran tempatan tahun hadapan. Antara model-model yang ditunggu-tunggu ialah , GR86 dan GR Supra dengan transmisi manual enam kelajuan.

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, GR Corolla baru sahaja dilancarkan di pasaran Thailand pada harga mencecah RM500,000. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here