Volkswagen Tiguan Allspace Life baharu, Ini 5 cirinya yang anda perlu tahu

744

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu.

 

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Tiguan Allspace Life.

  1. Harga bermula RM172,990, ia melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.
  2. Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruang but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya. 
  3. Secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam dan dinamik seperti varian lain. Ia membabitkan gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED, perumah cermin sisi perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci. 
  4. Ruang dalaman dengan sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2” dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.
  5. Dijana enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan.



Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.volkswagen.com.my/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here