Aston Martin DB5 – 007, No Time to Die untuk dijual, bermula RM8.19 juta

896

Sebuah Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem terbaru James Bond, No Time to Die bakal dijual menerusi bidaan pada September ini.

Namun ia bukannya sebuah jentera sebenar, tetapi hanya kenderaan replika yang digunakan untuk filem berkenaan.



Christie iaitu sebuah syarikat lelongan kenderaan, memaklum harga jentera berkenaan bakal mencecah antara £1.5 juta (RM8.19 juta) hingga £2 juta (RM10.92 juta).

DB5 itu adalah satu daripada enam kereta yang digunakan dalam filem Bond 2021 yang mana hasil jualan itu  diserahkan kepada 45 badan amal yang berbeza.

Berdasarkan perinciannya, jentera itu turut mempunyai sedikit kerosakan pada bahagian luaran selepas penggambaran itu dilakukan.

Kenderaan itu dibina semula oleh Projek Khas Aston Martin untuk filem terbaru dalam francais Bond, yang juga filem terakhir penampilan Daniel Craig sebagai 007.

Di bawah bonetnya bukan menggunakan enjin 4.0 liter enam silinder sebaris yang biasanya ditemui dalam DB5, tetapi petrol 3.2 liter enam sebaris era moden yang dipadankan dengan kotak gear manual.

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti badan aloi magnesium yang asli, panelnya semuanya gentian karbon untuk mengurangkan berat.

Bahagian dalamannya dihasil dengan tangan oleh bahagian khas Aston Martin, yang menampilkan tempat duduk dan papan pemuka yang direka semula dengan menggunakan teknik pencetakan 3D.

Biarpun milikinya dengan membayar harga yang mahal, kenderaan itu sebenarnya tidak boleh dipandu di jalan raya. 

Ia tidak mempunyai kelulusan untuk digunakan di mana-mana jalan awam, selain ia dibina khusus bagi kegunaan pemandu aksi profesional terlatih dalam persekitaran terkawal untuk penggambaran sahaja.

Jadi bayar mahal-mahal, simpan dalam rumah buat koleksi!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here