TMJ naik skuter lawat rakyat….netizen ‘makin mahalla NVX lepas ni’

1085

Seorang pengguna Tiktok @keyrolemy berkongsi klip video pendek menunjukkan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibrahim mengunjungi rumahnya yang terletak di Gelang Patah, Johor.

Bagaimanapun yang mencuri perhatian netizen adalah kenderaan yang digunakan Tunku Ismail. Beliau tiba dengan sebuah skuter Yamaha berwarna biru dan diiringi anggota polis yang menunggang motosikal kapcai.

@keyrolemy

Lain macam aura TMJ 🔴🔵 #fyp #johordarultakzim #TMJ

♬ original sound – cintaHati❤ – cintaHati❤



Tidak diketahui tujuan Tunku Ismail mengadakan lawatan tersebut bagaimanapun jika diperhatikan menerusi laman Facebook Rasmi beliau, sepanjang Julai Tunku Ismail giat menyalurkan sumbangan kepada rakyat Johor menerusi wakilnya.

Menurut pemilik akaun Tiktok, keluarganya hanyalah golongan biasa dan menjelaskan Tunku Ismail mengadakan lawatan di Kampung Orang Asli Simpang Arang.

“Melawatje bang,” balasnya pada soalan netizen yang bertanyakan tentang kehadiran Tunku Ismail.

@keyrolemy

Replying to @mattoppp okay yang ini tak berapa nak gegar sgt videonya 😂😂😂 #fyp #johordarultakzim #TMJ

♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀 – 🌀WILFEXBOR🌀

Ketika Tunku Ismail tiba dengan sebuah skuter Yamaha NVX berwarna biru, pengguna TikTok lain terpegun bahkan ada yang berseloroh harga skuter tersebut bakal naik harga kerana ditunggang oleh Pemangku Raja Johor berkenaan.

Selain itu ada juga yang tidak berpuas hati dengan kualiti video yang bergoyang sehinggakan mereka menyatakan pemilik video berdebar melihat Tunku Ismail dengan lebih dekat.

“TMJ naik scooter NVX terbaik.”

“TMJ cari tongkat tak jumpa tu yangg orang tolong. Bukan dia suruhpun. Bodyguardpun mestilah nak tunjuk prihatinkan. Takkan nak biar je bos terkuil.”

“Naik harga la NVX pasni.”

“Stopa menangis tgok ni, jetski darat dinaiki pemangku raja.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here