Pemandu Singapura gores Honda e Tunku Idris

663

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi insiden kereta Honda miliknya digeser sebuah BMW ketika diletakkan di depan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di Johor hari ini.

Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang parkir yang kosong.

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

Jom Baca:   Perang segmen-B: Honda City vs Nissan Almera vs Toyota Vios

Menerusi Instagram Story, Tunku Idris berkongsi imej kereta BMW nombor plat Singapura yang melanggar keretanya dan menjelaskan laporan polis sudah dilakukan perkara tersebut sudahpun diselesaikan. 

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris merupakan model Honda e iaitu kenderaan elektrik.

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya mengambil maklum dan laporan polis mengenainya dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.

“Kita akan tunggu hasil siasatan nanti,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here