GasGas tawar dua model di Malaysia, EC 350 F dan MC 250 F harga bermula RM39,800

774

Motosikal GasGas memasuki pasaran Malaysia secara rasminya dengan penampilan dua model untuk segmen berbeza iaitu EC 350 F (enduro) dan MC 250 F (motocross).

Dua model edisi 2023 itu menggunakan rangkaian kuasa 4-lejang, menawarkan pengalaman tunggangan off-road yang mana ia akan ditawarkan bermula Oktober ini.

Ini harganya untuk setiap model berkenaan:



  • EC 350 F: RM48,000
  • MC 250 F: RM39,800

GASGAS MC 250F

Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 249.9cc dengan sistem pengurusan enjin Keihin dengan sistem transmisi klac manual 5-kelajuan.

Sistem klac jenis basah multi-cakera DS, dengan hidraulik Brembo. Enjin dihidupkan dengan khidmat butang pemula.

Motosikal dengan berat kering 99kg dilengkapi tangki minyak berkapasiti 7 liter. Ketinggian pelana 950mm.

Sistem henti membabitkan brek cakera 260mm (depan), 220mm (belakang).

GASGAS EC 350F

Model ini menggunakan enjin yang lebih besar dengan 349.7cc. Ia menggunakan sistem pengurusan enjin Keihin dengan sistem klac manual 6-kelajuan.

Berat kering 106.4kg, tangki minyak berkapasiti 8.5 liter dengan ketinggian pelana 960mm.

Sistem henti membabitkan brek cakera 260mm (depan), 220mm (belakang).

Frem digunakan jenis double cradle, fork depan WP XPLOR USD 48mm dengan suspensi tunggal WP XACT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here