Husqvarna Norden 901 lancar di Malaysia, harga bermula RM99K

702

Selepas KTM, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd (EWD) memperkenalkan model Husqvarna Norden 901 ke pasaran tempatan. Jentera adventure touring itu ditawarkan pada harga asas RM98,800 seunit.

Dibina di atas kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Noren 901 menjanjikan tunggangan mengujakan di atas laluan off-road dan on-road. Kualiti pengendalian disumbang oleh penggunaan suspensi hadapan USD WP APEX dengan jarak travel yang jauh (43mm).



Dikuasakan oleh enjin empat lejang dua silinder DOHC Parellel Twin yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 105hp dan tork 100Nm.

Titik graviti yang rendah dengan memberikan rasa pengendalian lebih natural, dibantu oleh rim lidi yang ringan dan mudah dikendalikan. Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera, lengkap bersama sistem ABS yang sensitif ketika membelok.

Penunggang boleh menukar di antara tiga mode tunggangan iaitu Street, Rain, Offroad dan Explorer (optional) bergantung kepada keadaan.

Lebih menarik lagi Norden 901 memberi perlindungan terbaik daripada cuaca dengan adanya ciri-ciri seperti pilihan pemanas pelana, lampu LED dan banyak lagi.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here