EWD lancar tiga model KTM – 890 Adventure, 890 Duke R dan RC 200, bermula RM15,888

1012

Eurotech Wheel Distrubution (EWD) Sdn Bhd, pengimport motosikal KTM di Malaysia memperkenalkan tiga model menerusi KTM 890 Adventure, KTM 890 DUKE R dan KTM RC 200 untuk pasaran tempatan.

Ketiga-tiga model ini bakal berada di pasaran pada September 2022 yang mana harganya bermula:

  • KTM 890 Adventure – RM96,800
  • KTM 890 DUKE R – RM75,800
  • KTM RC 200 – RM15,888

KTM 890 Adventure 

Jentera ini dalam kategori adventure menggunakan enjin dua silinder sebaris yang menyalurkan 103hp dengan tork setinggi 100Nm. Ia turut menggunakan transmisi enam kelajuan manual.

Ia mempunyai empat mod tunggangan membabitkan Offroad Ride, Street, Rain dan Rally.



KTM 890 Adventure memiliki ketinggian tempat duduk 830mm dengan menggunakan suspensi hadapan dan belakang jenama WP APEX.

Ia memiliki tangki bahan api sebesar 20 liter dengan tahap penggunaan petrol 4.5L/100km.

KTM 890 DUKE R

Biarpun menggunakan enjin yang sama, tetapi ia memiliki kuasa yang cukup berbeza kerana mampu menyalurkan 121hp dengan tork setinggi 99Nm.

Memiliki empat mod iaitu Sport, Street, Rain dan Track. Ia juga menggunakan tayar berprestasi membabitkan Michelin Powercup II. 

Motosikal kategori naked itu turut dilengkapi alat pengesan 6D Lean Angle yang berfungsi untuk kawalan cengkaman tayar. 

Sistem breknya lebih padu dengan menggunakan brek Brembo Stylema monoblok dan cakera brek ringan berdimensi 320mm.

KTM RC 200

Motosikal ini diinspirasi daripada jentera lumba KTM RC16 sama ada pengayaan, ergonomi serta warna.

Ia menggunakan tempat duduk baharu yang memberi keselesaan untuk meningkatkan pergerakan penunggang.

Sistem hentian pula menggunakan brek ByBre dengan empat omboh untuk mengapit cakera brek bersaiz 320mm bagi hadapan, manakala 230mm untuk belakang. 

KTM RC 200 dijanakan enjin 200cc satu silinder. Pemetaan enjin sudah dikemaskini semula untuk meningkatkan kuasa tork. Kini jentera itu memiliki 25hp dengan 19.5 Nm yang mana kuasanya disalurkan ke transmisi enam kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here