Mazda CX-60 2025 Dilancar di Malaysia – Bermula RM200,510, CBU Jepun!

11

Bermaz Motor memperkenalkan Mazda CX-60, SUV baharu yang menjadi permulaan kepada barisan produk besar Mazda. 

Model itu juga hadir sebagai SUV flagship terbaharu Mazda, menandakan langkah besar jenama Jepun berkenaan dalam menawarkan kemewahan, prestasi dan rekaan yang lebih sofistikated kepada pasaran Malaysia.

CX-60 dibina dengan falsafah reka bentuk “Noble Toughness”, yang menggabungkan gaya dinamik serta imej berkuasa, tetapi tetap mengekalkan keanggunan. 

Ia adalah evolusi kepada bahasa reka bentuk Kodo – Soul of Motion, yang kini menampilkan elemen “Ma”, iaitu keindahan ruang kosong yang tenang dan bermakna. 

Ia dibangunkan atas platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture yang menyokong elektrifikasi masa depan. Teknologi Kinematic Posture Control (KPC) pula membantu kestabilan ketika membelok dan membrek, memastikan kawalan lebih yakin di pelbagai keadaan jalan.

Bentuk luarannya hadir dengan gril baharu bersaiz besar, lampu utama menegak yang unik serta lampu berbentuk L di hadapan dan belakang, menjadikannya tampil lebih eksklusif dalam segmen SUV.

Bahagian dalaman menekankan ruang, kekuatan dan kemewahan. Papan pemuka lebar, konsol tengah tegap serta kemasan pintu bersepadu mencipta suasana premium, manakala penggunaan bahan semula jadi dengan sentuhan tradisional Jepun.

Mazda turut melengkapkan CX-60 dengan teknologi pintar seperti paparan multi-informasi 12.3 inci, skrin infotainmen 12.3 inci, head-up display, serta sistem Driver Personalization yang boleh mengenali pemandu dan melaras lebih 250 tetapan automatik mengikut profil individu.

SUV itu juga tidak ketinggalan dari segi teknologi hiburan dan keselesaan. Ia hadir dengan kamera 360 darjah, pengecas tanpa wayar, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio BOSE dengan 12 pembesar suara.

Dari aspek kuasa, CX-60 dipadankan enjin 2.5L NA 4-silinder dengan transmisi automatik 8-kelajuan, menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork yang disalurkan ke roda pacuan belakang.

Ia dibangunkan atas platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture yang menyokong elektrifikasi masa depan. Teknologi Kinematic Posture Control (KPC) pula membantu kestabilan ketika membelok dan membrek, memastikan kawalan lebih yakin di pelbagai keadaan jalan.

Keselamatan turut menjadi kekuatan CX-60, dengan pengiktirafan 5 bintang Euro NCAP. Ia lengkap dengan pakej i-Activsense membabitkan: 

  • Adaptive LED Headlamps
  • Blind Spot Monitoring
  • Lane Keep Assist
  • Driver Monitoring
  • Smart Brake Support
  • Radar Cruise Control dengan fungsi Stop & Go
  • Cruising & Traffic Support

Mazda CX-60 ditawarkan dalam pilihan warna:

  • Soul Red Crystal
  • Rhodium White
  • Jet Black
  • Platinum Quartz
  • Zircon Sand

Didatangkan sebagai unit CBU dari Jepun, ia dipasang di kilang Hofu dan kini boleh ditempah di pengedar Mazda di Malaysia. 

Harga bermula RM200,510.40 (atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian, Semenanjung Malaysia). 

Seperti model Mazda lain, ia turut hadir dengan jaminan pengeluar 5 tahun serta penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 100,000 km, mana-mana yang dahulu.

Galeri Gambar: 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here