Chery Malaysia tawar rebat hingga RM16,888 sempena Tahun Baharu Cina

6

Chery Malaysia memulakan tahun 2026 dengan kempen istimewa sempena Tahun Baru Cina menerusi ‘New Year Prosperity Deal’ yang menawarkan penjimatan menarik kepada pengguna di Malaysia.

Kempen ini dilancarkan bagi meraikan ‘Tahun Ular’ dengan Chery menyediakan pelbagai rebat tunai bagi model terpilih, sekali gus menjadikan pemilikan SUV premium dan teknologi elektrifikasi lebih mudah.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh menikmati rebat tunai sehingga RM16,888 bergantung kepada model yang mereka pilih.

Model utama seperti TIGGO 8 PRO ditawarkan dengan rebat tertinggi, selari dengan kedudukannya sebagai SUV yang menekankan kemewahan, kuasa dan keselesaan premium.

Bagi barisan SUV kompak dan sederhana, TIGGO CROSS (HEV) serta TIGGO CROSS Turbo ditawarkan dengan rebat RM6,888, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan bandar lebih praktikal.

Sementara itu, TIGGO 7 PRO pula hadir dengan penjimatan RM11,888, sesuai untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan gaya.

Bagi peminat teknologi elektrifikasi, model PHEV seperti TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV menyediakan rebat RM6,888, menawarkan gabungan prestasi elektrik dan kecekapan bahan api yang terus mendapat sambutan baik di pasaran Malaysia.

Chery turut menawarkan rebat tambahan RM1,000 kepada pelanggan yang memilih kenderaan berwarna merah bagi model tertentu.

Warna merah melambangkan tuah, kebahagiaan dan kemakmuran, sejajar dengan tema ‘Prosperity’ yang dibawa menerusi kempen ini.

Senarai Rebat Dan Harga Runcit

TIGGO 7 PHEV
Rebat: RM6,888 (tambahan RM1,000 untuk warna merah)
Harga runcit: RM129,800 (Semenanjung Malaysia)

TIGGO 8 PHEV
Rebat: RM6,888
Harga runcit: RM159,800 (Semenanjung Malaysia)

TIGGO CROSS (HEV)
Rebat: RM6,888
Harga runcit: RM99,800 (Semenanjung Malaysia)

TIGGO CROSS (Turbo)
Rebat: RM6,888 (tambahan RM1,000 untuk warna merah)
Harga runcit: RM88,800 (Semenanjung Malaysia)

TIGGO 7 PRO
Rebat: RM11,888
Harga runcit: RM123,800 (Semenanjung Malaysia)

TIGGO 8 PRO
Rebat: RM16,888
Harga runcit: RM159,800 (Semenanjung Malaysia)

Semua rebat ini ditawarkan khusus untuk kenderaan tahun model 2025.

Bagi memberi nilai tambah, Chery Malaysia meneruskan tawaran jaminan bateri PHEV sehingga 10 tahun atau 200,000 km.

Perlindungan lanjutan bernilai RM3,000 ini meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan, dan ditawarkan untuk pembelian baharu oleh pemilik sedia ada TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.

Promosi Tahun Baru Cina ‘Prosperity’ ini akan berlangsung sehingga 28 Februari 2026, memberikan peluang kepada pelanggan memulakan tahun baharu dengan kenderaan baharu serta penjimatan signifikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here