
Volvo Cars memperkenalkan Volvo EX60 yang direka untuk bersaing dalam segmen elektrik terbesar di peringkat global dengan memfokuskan kepada jarak pemanduan, kepantasan pengecasan dan prestasi.
EX60 merupakan model pertama yang dibina menggunakan seni bina SPA3 yang menawarkan tahap modulariti dan kecekapan pembuatan yang lebih tinggi.
Salah satu kekuatan utama Volvo EX60 adalah jarak pemanduan sehingga 810 km mengikut kitaran WLTP.
Dari segi pengecasan, penambahan jarak pemanduan sehingga 340 km boleh dibuat dalam masa 10 minit sahaja (pengecasan pantas DC sehingga 400 kW).
Rekaan luaran yang aerodinamik dengan pekali seretan 0.26 turut menyumbang kepada kecekapan penggunaan tenaga.
Selain itu, EX60 dilengkapi dengan teknologi pengecasan dua arah (bi-directional)yang membolehkan bateri kenderaan membekalkan kuasa elektrik dengan kapasiti maksimum 22 kWj.
Rangkaian Kuasa
Volvo EX60 ditawarkan dalam tiga pilihan rangkaian kuasa utama yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna:
- P6 Electric: Menggunakan motor elektrik tunggal pada bahagian belakang.
- P10 AWD Electric: Dilengkapi motor elektrik pada bahagian hadapan dan belakang untuk pacuan semua roda.
- P12 AWD Electric: Varian prestasi tinggi dengan motor elektrik hadapan dan belakang.
Teknologi Termaju dan Keselamatan Scandinavia
Ruang dalaman EX60 menerapkan prinsip reka bentuk Scandinavia dengan penggunaan bahan mewah semula jadi dan lantai rata untuk keselesaan ruang kaki.
Teknologi kabin dikuasakan oleh sistem teras HuginCore yang membolehkan sistem maklumat hibur bertindak balas dengan pantas tanpa lengah.
EX60 juga menjadi model Volvo pertama yang mengintegrasikan Gemini, iaitu pembantu AI daripada Google, serta sistem audio premium Bowers & Wilkins dengan 28 pembesar suara.
Dari aspek keselamatan, Volvo memperkenalkan tali pinggang keledar pelbagai penyesuaian (multi-adaptive safety belt) yang merupakan inovasi pertama di dunia.
Struktur badan kenderaan turut diperkukuhkan dengan penggunaan keluli boron.
Spesifikasi Teknikal Volvo EX60
Rangkaian Kuasa, Prestasi dan Bateri
P6 Electric RWD
- Kuasa: 275 kW (374 hp)
- Tork: 480 Nm
- Pecutan 0-100 km/j: 5.9 saat
- Halaju maksimum: 180 km/j
- Kandungan tenaga bersih: 80 kWj
- Jarak gerak WLTP Gabungan: 620 km
- Pengecasan DC Maksimum: 320 kW
P10 AWD Electric
- Kuasa: 375 kW (510 hp)
- Tork: 710 Nm
- Pecutan 0-100 km/j: 4.6 saat
- Halaju maksimum: 180 km/j
- Kandungan tenaga bersih: 91 kWj
- Jarak gerak WLTP Gabungan: 660 km
- Pengecasan DC Maksimum: 370 kW
- Masa pengecasan DC 400 kW (10-80%): 18 minit
P12 AWD Electric
- Kuasa: 500 kW (680 hp)
- Tork: 790 Nm
- Pecutan 0-100 km/j: 3.9 saat
- Halaju maksimum: 180 km/j
- Kandungan tenaga bersih: 112 kWj
- Jarak gerak WLTP Gabungan: sehingga 810 km
- Pengecasan DC Maksimum: 370 kW
- Masa pengecasan DC 400 kW (10-80%): 19 minit
Sistem Pengecasan
- Pengecasan AC dua arah: 22 kWj
Dimensi dan Kapasiti
- Panjang: 4,803 mm
- Jarak roda: 2,970 mm
- Lebar badan: 1,899 mm
- Lebar termasuk cermin: 2,067 mm
- Kelegaan tanah: 178 mm
- Kapasiti bagasi belakang: 634 liter
- Kapasiti bagasi maksimum: 1,647 liter
- Kapasiti frunk hadapan: sehingga 85 liter




































