Utama Berita Automotif Volvo ES90 rasmi lancar, harga RM339,888

Volvo ES90 rasmi lancar, harga RM339,888

11

Volvo Car Malaysia rasmi melancarkan ES90 ke pasaran tempatan menerusi pilihan varian Ultra Single Motor Extended Range pada harga RM339,888 seunit.

Sudahpun berada di pusat jualah sah Volvo bermula hari ini, 100 pelanggan terawal yang menempah ES90 sebelum 31 Mac 2026 bakal menerima insentif early-bird 2 peratus.

Berikut fakta ringkas tentang Volvo ES90 pada harga RM339,888 seunit :

  • Dibina di atas seni bina 800-volt termaju Volvo, ES90 menawarkan masa pengecasan lebih singkat yang mana dalam tempoh cas 10 hingga 80 peratus hanya mengambil masa sekitar 22 minit menggunakan pengecas DC 350 kW3.
  • Seni bina 800-volt yang ringan turut meningkatkan kecekapan dan prestasi keseluruhan, menyumbang kepada pekali seretan hanya 0.25.
  • Pecutan dari 0-100 kmj dicapai dalam 6.6 saat.
  • Dengan cas penuh ia menawarkan jarak tempuh 651km (WLTP).
  • Penampilan hadapan diserlahkan dengan lampu utama penukul Thor yang kemudian dipadankan dengan lampu belakang LED berbentuk C serta pencahayaan LED pada cermin belakang yang menghasilkan animasi cahaya unik.
  • Bukaan pintu belakang yang besar dan lebar, memudahkan urusan mengeluarkan dan meletakkan barangan keluarga atau peralatan aktiviti. Ruang but menawarkan kapasiti sehingga 424 liter, dan boleh diperluaskan kepada 904 liter dengan tempat duduk belakang 40/20/40 dilipat rata.
  • Ruang simpanan hadapan 27 liter disediakan khusus untuk kabel pengecas.
  • Kabin pula memfokuskan keselesaan premium dan material autentik menerusi enam tema pencahayaan ambien serta kemasan upholsteri Nordico berpengudaraan dalam kemasan Charcoal.
  • Jarak roda 3.1 meter menyediakan ruang kaki baris kedua yang luas, memastikan keselesaan optimum untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak.
  • Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuk bumbung panorama kaca elektrokromik menawarkan perlindungan UV sehingga 99.9 peratus, sistem kawalan suhu empat zon, penapis udara canggih dan sistem audio Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara.
  • Di samping itu, ES90 merupakan model Volvo pertama dikuasakan platform pengkomputeran NVIDIA DRIVE AGX Orin. Platform ini mampu memproses data pada skala trilion operasi sesaat, bertindak sebagai pusat pengkomputeran utama yang menyokong sistem keselamatan, bantuan pemanduan dan operasi kenderaan secara masa nyata.
  • Sistem infotainmen generasi baharu dengan Google terbina dalam merangkumi Google Maps, Google Assistant dan akses aplikasi melalui Google Play.
  • Dikuasakan oleh Snapdragon® Cockpit Platform daripada Qualcomm Technologies, sistem berkeupayaan 5G ini menawarkan pengalaman yang pantas dan lancar merentasi paparan pemandu 9 inci, paparan head-up dan skrin sentuh tengah bersaiz 14.5 inci.
  • Bagi memudahkan pergerakan di ruang sempit, ES90 dilengkapi paparan pandangan sekeliling 3D yang disokong sistem kamera 360 darjah.
  • Teknologi bateri hanyalah sebahagian daripada komitmen kelestarian Volvo ES90. Model ini turut menyokong aspirasi alam sekitar Volvo Cars melalui penggunaan meluas bahan kitar semula dan bahan semula jadi.
  • Sebanyak 29 peratus aluminium dan 18 peratus keluli yang digunakan adalah daripada sumber kitar semula. ES90 juga mengandungi 16 peratus polimer kitar semula dan bahan berasaskan bio, manakala panel kayu dalaman diperoleh daripada sumber yang diperakui FSC – menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO₂ sepanjang proses pengeluaran.

Spesifikasi

  • Platform: SPA2 dengan Seni Bina 800V
  • Jarak Pemanduan: Sehingga 651 km (WLTP)
  • Pengecasan: 10-80 peratus dalam 22 minit (DC Fast Charging)
  • Audio: Sistem Audio Hi-Fi Bowers & Wilkins dengan Dolby Atmos
  • Infotainmen: Skrin tengah 14.5 inci dengan Google terbina dalam

 

 




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here